Mungkin kita terlalu bahagia dengan sesuatu hingga terleka,lalu Allah uji kita agar kita tersedar. Mana mungkin perjalanan hidup seindah drama .

Thursday, August 24, 2017

Software Engineering (Educational Software), UPSI

Assalammualaikum semua :D

Okay, post entry kali ni berkaitan dengan kos Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) atau Software Engineering (Educational Software) / AC10 dekat UPSI. Sebenarnya, lately ni banyak dapat soalan2 daripada readers yang bertanyakan tentang kos ini. Maybe yang bertanya2 tu bakal junior2 ac10 di UPSI untuk kemasukan bulan september ni. I'm sure all of you will feel little confused, nervous and so on. So, here, the post entry for you :D

Q1: Kos ni adalah kos pendidikan atau bukan?

Yang pertama, saya percaya yang ada segelintir yang confused dengan title kos ini sebabnya ada dalam kurungan perisian pendidikan. Don't worry, you're not alone. I also got a confused when I got this offer from UPSI. Sebenarnya, kos ini adalah kos kejuruteraan di mana kita2 semua akan mencipta software2 yang berkaitan dengan pendidikan. Sekarang ni kan popular dengan online learning, jadi kita2 ni lah perintis yang akan mencipta online learning ni tak kira platform dia menggunakan web based atau mobile based. Automatically, kita takkan dapat menjadi cikgu walaupun kita ada belajar beberapa subjek pendidikan atas sebab nak bagi kita lebih faham tentang pendidikan untuk mencipta software atau apps yang related dengan pendidikan.

Q2: Kos ni akan belajar tentang apa?

Here:

Subjek bagi kursus universiti, wajib ambil semuanya.




Subjek bagi kursus elektif, wajib ambil 18 jam kredit sahaja, Pilih yang mana korang rasa minat dan berguna untuk masa hadapan.


Subjek bagi kursus teras, WAJIB ambil semuanya. Ada beberapa subjek yang korang wajib dapat C dan ke atas, kalau tidak, kena repeat.

Lastly, semasa semester akhir , korang akan menjalani latihan industri dengan kod baru, MLI3012 dengan 12 jam kredit. Software engineering - educational software  ni akan banyak mengajar kita macam mana nak develop satu sistem atau apps terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan dengan menggunakan coding macam HTML, Javascript, Css. Yang paling penting, setiap phase yang terlibat dalam proses pembangunan sistem atau apps, kita kena dokumenkan untuk rujukan masa akan datang contohnya seperti System Requirements Specifications, System Design Descriptions dan System/Software Testing Plan.

Walaupun nama2 subjek tu dalam bm, tapi korang akan belajar dalam English. Jangan risau, bahasa boleh rojak dalam kelas. hehehe

Q3: Kos ni menggunakan perbelanjaan yang banyak tak?

Okay, korang mesti dah dapat surat tawaran kan? Yuran Pengajian tu diakui agak mahal kalau dibandingkan dengan ipta yang lain. Tapi,jangan risau, kalau reti berjimat, in shaa Allah cukup PTPTN tu. 

Korang cuma perlukan laptop yang processor nya i,3  atau 1.5 pun dah sangat2 okay. Senang kata, laptop yang biasa2 pun okay. Seterusnya, korang cuma perlukan beberapa software macam Adobe Dreamwaever, Photoshop, Notepad ++, maybe Sublime, Netbeans. Jangan risau, software2 tu lecturer akan bagi ataupun korang boleh mintak dengan senior2 atau pun member2 korang yang kaki PC. Simple kan? Kita tak perlu nak lab coat, atau kasut untuk masuk makmal dan sebagainya. Kita cuma perlukan Laptop :D 

Peingatan: Selalu lah buat backup untuk setiap projek yang korang buat. Kalau tetiber laptop hang ker and beberapa masalah lain, x ker menangis bila kita dah siap coding2 semua, laptop buat masalah.

Q4: Peluang Pekerjaan?

In shaa Allah, peluang pekerjaan luas. Korang boleh jadi website developer, software developer, system engineer - front end atau back end, system design, system tester/ Quality Assurance.

Lastly, kalau ada2 apa persoalan , boleh komen kat post entry ni atau free to contact me via twitter atau instagram - farhadepurple.  Harap bakal2 junior dapat merasai kehidupan campus life yang awesome!

9 comments:

  1. assalammualaikum,nk tanya ni saya ditawarkan course ini tapi saya budak modul 1 matrikulasi tanpa pengetahun sc com.Apakah yg disarankan untuk saya berlajar sebagai persediaan sebelum masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.seeloknya, belajar basic coding mcm if else, switch n etc

      Delete
  2. Buku2 utk setiapp sem mahal tak?

    ReplyDelete
  3. Assalam , ramai tak org dlm kos ni?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih untuk informasi,Just a suggestion why not to try to blogging on Steemit?
    Sebab sekarang ni dah jadi trend blockchain dan saya rasa bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. tq for suggestion.. nnti saya try 😄

      Delete
  5. byk language ke akan dipelajari?

    ReplyDelete