Mungkin kita terlalu bahagia dengan sesuatu hingga terleka,lalu Allah uji kita agar kita tersedar. Mana mungkin perjalanan hidup seindah drama .

Monday, January 4, 2016

You can Change It :) Be better from yesterday

Assalammualaikum


First entry untuk tahun 2016 :D

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Tapi, nak tulis juga ! degil! Sebab gap untuk ke paper last memakan masa 10 hari.   Banyak tak masa gap tu? hahaha! rasa la nanti bila dah sem 5 ke atas , not for next semester. Next semester , fyp 1, maka bermulalah permulaan fefeeling ac10 sikit. heh!  

Lately, pelbagai kes yang terpapar bila scroll fb, twitter dan sebagainya.  Hampir setiap jam,ada jer  berita terkini yang diupdate.  Berhati- hati lah sebelum mempercayai sesuatu berita yang disampaikan. Bila keluar sesuatu berita yang dikira "hot", nanti dapat lah tengok segelintir mereka2 ini yang terlalu kreatif mencipta pelbagai troll. Tak kira edit gambar, merakam video parody dan sebagainya.  Cuma nak pesan, bila menulis atau melontarkan komen tu, gunakanlah bahasa yang sopan. #selfnote You can change the world with your attitude and manner.also knowledge. Teringat conversation dengan akak, kiterowang discuss pasal :

bila seseorang melakukan satu kesalahan atau kesilapan, kita terus menghentam bertubi2. gedebush2

satu komen daripada akak, "Sekarang mungkin kita boleh menghentam kesilapan/kesalahan seseorang.  Seolah-olah kita ini terlalu suci.  
Tapi,adakah kita yakin jika kita diberikan situasi atau ujian yang sama dengan mereka, kita akan memilih pilihan selain daripada apa yang telah dipilih oleh mereka?.  
Now, kita mungkin cakap, " weyh, boleh fikir kot. kalau aku,memang tak lah aku nak buat macam dierowang tu".
Kau pasti? Pasti? Kau tak boleh meramal apa yang akan terjadi pada masa depan. 
Jalan terbaik, berikan nasihat, jangan menghentam.  Silap2, situasi yang dialami oleh mereka akan dialami oleh kita. Masa tu, kau mungkin akan memilih pilihan yang sama dengan mereka atau lebih teruk."
Satu jer nak komen, jangan la berani menipu orang lain apatah lagi ibu bapa.  Kesian mereka yang ditipu tu.

Anak kalau sakit, hilang ker, keluar rumah, masuk univerisiti, jawab paper exam etc. Orang yang akan sangat risau ialah orang tua kita.  
Yang dah berlalu ,ambil lah iktibar. Jadikan diri kita lebih baik dari semalam : )

Next,

Sepanjang 2015 yang sudah berlalu, kita dikejutkan dengan beberapa berita kematian.  Hampir setiap hari, bila scroll fb, baca berita ,'A bin/binti B telah menghadap Ilahi'.

Kematian itu memisahkan antara dua insan. Memisahkan antara dua insan dengan jarak yang terlalu jauh. Tiada lagi peluang untuk mendengar gelak tawa, gurau senda seperti hari-hari sebelumnya.  Yang tinggal, hanyalah kenangan -kenangan yang akan kekal di ingatan dan akan terus berputar. People change, memories don't. Yang tinggal hanyalah doa yang menjadi pengubat rindu. Yang tinggal hanyalah harapan dan doa untuk bertemu di sana, Syurga, In Syaa Allah.
People cry because no words can express their feelings.  Sakitnya kehilangan itu tidak akan boleh digambarkan dengan kata-kata. Akan wujud satu perasaan rindu yang takkan mampu kita luahkan atau sampaikan kepada mereka lagi.  Akan ada suatu ketika perasaan rindu yang sangat terrible  datang menerpa secara tiba-tiba, yang takkan ada sesiapa pun memahami sepenuhnya. Walau berganti hari, minggu even bertahun-tahun sekalipun, rindu itu takkan terpadam. 

Bertabahlah dan semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi masa yang mendatang.  Kata-kata ini belum tentu dapat melegakan hati yang sarat dengan rindu kepada mereka yang telah pergi, namun berharap kata-kata ini dapat memberikan sedikit semangat dan kekuatan.


Kita yang masih hidup ini, buatlah kebaikan sebanyak yang mampu selagi diberikan nafas untuk terus hidup di dunia ini.  Amalan di dunia inilah yang akan menjadi penyelamat kita di akhirat kelak.  Ajal itu tidak kira usia, darjat, bangsa dan segalanya.  Semakin hari, semakin dekat kita dengan waktu ajal kita. Kematian itu tidak akan pernah terlewat mahupun cepat walaupun sesaat.

Berusahalah untuk menjadi kematian yang 'menghidupkan'.  Kita mampu berubah dan mengubah nasib kita dengan berusaha.  Pintu taubat itu terbuka luas untuk hamba-Nya yang mahukannnya dan berusaha.

Jom ubah sikap kita bermula dari hari ini :)

p/s: Beauty attracts the eye but personality captures the heart.