Mungkin kita terlalu bahagia dengan sesuatu hingga terleka,lalu Allah uji kita agar kita tersedar. Mana mungkin perjalanan hidup seindah drama .

Monday, April 15, 2019

Soalan tentang Ac10 UPSI

Assalammualaikum....


Malam semalam, baru perasan ada banyak komen yang ditinggalkan, tapiiii tahun 2018. Terkejut sebab dah lama tak update blog ni. Sorry banyak2 kat korang yang ada tinggalkan komen tapi tak reply2 tergantung sepi..

Okay, banyak yang tanya pasal kos software engineering a.k.a AC10 di UPSI. Nanti saya terangkan kat entry ni kepada sesiapa yang nak tahu pasal kos AC10 kat UPSI yang tercinta.kekeke :D

1. Kalau korang dari matriks/asasi yang takde basic computer science boleh ke nak apply kos ni?

Jawapan: Boleh je apply. Tapi, setahu saya, selepas batch junior saya, pihak UPSI lebih mengutamakan student yang ada basic cs. Kalau korang betul2 berminat, boleh try apply, mana tahu rezeki kan macam saya. Saya pun dulu takde pun basic cs, ada la belajar dulu time asasi law tapi bukan part yang coding2 tu.


2. Rasa2 boleh survive ke tak ambil kos ni? Nasihat please...

Jawapan : In shaa Allah, boleh survive. Mula2, memang rasa susah sikit lagi2 yang mungkin ada diantara korang yang baru bertukar course. Tapi2, kalau korang memang ada minat dan azam yang kuat, saya yakin korang boleh survive dengan jayanya dan mungkin boleh dapat first class degree. Itu tak mustahil. Batch saya, ada sorang tu dari matrikulasi aliran akaun dan degree ambil kos ni. At the end, dia boleh dapat first class degree tau. Salute! Namanya Fara Iryanie, sekarang dia ada buat freelance tau untuk ajar pasal web dev and mobile apps. Hehehe...

3. Kos ni mahal ke tak?

Jawapan: Masa zaman batch saya, yuran pengajian RM 1080 tak silap, kolej dalam 500++, so total 1 sem untuk yuran pengajian + kolej dalam 1600++ - 1700. Yuran kemasukan masa batch akak dalam 2500++.  Sekarang, mungkin ada kenaikan sikit rasanya untuk yuran pengajian. *boleh rujuk surat tawaran korang2 semua*. Dan korang cuma perlukan laptop dan software2 yang nanti lecturer akan suruh install macam Adobe Dreamweaver, Xampp...


4. Persediaan untuk ambil kos ini?

Jawapan : Sediakan kekuatan minda dan fizikal. hehehe... Takde2, korang boleh try belajar coding sikit2 untuk php, html, c++ dan java.

Korang boleh rujuk website ni:

1. https://www.w3schools.com/
2. https://getbootstrap.com/docs/4.3/examples/

Next, get ready untuk ada semangat berkobar2 untuk cari bugs kalau failed untuk run sistem. Kadang2 yang geram tu, cuma tertinggal '}' '()' ni jer pun...


5. Ramai tak student untuk kos ni?

Jawapan: Batch saya cuma ada dalam 30 orang je untuk 1 batch. Tapi, ada batch junior saya, 1 batch dierowang ada yang dalam 90++.

6. Peluang pekerjaan cerah tak?

Jawapan: In shaa Allah. Korang boleh kerja untuk dept IT untuk ipta, ipts, syarikat2 swasta, syarikat2 gov. Korang boleh jadi system analyst, developer/programmer, software tester, assistant manager software... kecuali guru. :D

Kalau ada lagi persoalan2, boleh tinggalkan komen.

*Blog under construction*