Mungkin kita terlalu bahagia dengan sesuatu hingga terleka,lalu Allah uji kita agar kita tersedar. Mana mungkin perjalanan hidup seindah drama .

Monday, October 24, 2016

Subjek2 untuk Ac10

Assalammualaikum

Hai:D Disebabkan ada beberapa yang komen tanya pasal subjek yang akan dipelajari dalam kos ac10 ni, so post entry kali ni khas untuk mereka yang curious pasal benda ni. Kita akan ada subjek wajib, subjek universiti dan subjek elektif. Lagi satu, ada beberapa subjek wajib ac10 yang korang perlu pastikan dapat gred at least C supaya korang tak kena repeat subjek tersebut. 

Tak pasti sistem subjek english proficiency[ ep] yang baru macam mana. Waktu saya dulu, saya ambil subjek english dipanggil english language[el]. EL ada 4 part + General English. Sama dengan ep. Sesiapa yang muet band 2 dan 1 wajib ambil EL dari part 1 sampai GE. Saya dulu repeat muet lambat , masa lepas ambil EL 3.Alhamdulillah. Al maklumlah dulu time asasi belajar english main2 dulu.  So, sebab tu la dalam review pic subjek yang pernah saya ambil tiada GE. GE wajib ambil bagi sesiapa yang muet band 2 dan 1 sebagai syarat untuk bergraduasi.  Tapi tak silap bermula dari sem hadapan, General English akan dikenakan bayaran dalam RM 100.  Pihak UPSI menggalakkan pelajarnya repeat muet semula. Di UPSI jugak baru ditubuhkan pusat peperiksaan muet, tak silap bayarannya adalah RM 120.

Koko wajib ambil , 3 subjek yer. Saya ambil pengurusan ko, tulisan jawi dan tajwid.  Wajib ambil pengurusan ko / x silap olahraga. Kemudian, yang lagi 2 boleh bebas sebabnya ac10 adalah open market. Next, penggayaan diri tak wajib bagi kos ac10 tapisaya dulu ambil sebab nak belajar bahasa asing - bahasa Jepun dan bahasa German.

Good luck, everyone:D Doakan saya untuk berjaya develop apps saya untuk fyp semester ni :D

Ni subjek2 yang saya dah pernah ambil sepanjang 7 semester di sini:



Sunday, February 14, 2016

Skill atau Grade??

Assalammualaikum

Terpaksa beberapa kali reset password untuk blog ni. Nampak sangat dah lama tak menghadap blog ni. Sebenarnya, hari-hari buka blog tapi tak pernah rasa tergerak nak update blog sampai lah terpaksa beberapa kali cuba untuk reset password balik.


Mungkin sel-sel otak sedang mengecut. 
Dan mungkin juga sebab nya idea untuk menulis kian pergi menjauh. heh!

Okay,stop!  Result untuk semester 5 yang lepas dah selamat dipaparkan dalam sistem.  Kali pertama rasanya menunggu result keluar dengan penuh debaran dan rasa penat. Mana taknya, dari pagi tangan ni tak lepaskan phone sebab asyik log in , log out sistem tunggu result.  At the end, pukul 11 malam baru keluar. 

Atas berkat doa emak dan ayah dan juga dengan izin-Nya, result kali ni masih berada di zon selamat walaupun beberapa kali carrymark berada di atas pagar yang tak berapa nak selamat la jugak.

Atas pagar. jangan tergolek dah la


Setiap semester, memang tahap struggle tu tak der la boleh dibanggakan.  Jika boleh dikira, ada dalam 1/2 masa untuk sehari digunakan untuk melihat drama, games dan perkara2 yang dirasakan penting *kecuali belajar*

Seperti biasa, setiap kali result keluar, ada lah juga nampak status seperti ini memenuhi ruang2  dinding muka buku :

Pointer tak penting. Yang paling penting adalah skill yang akan dipelajari.

Pointer 3.5 tak menandakan seseorang itu bijak. Pointer 2.0 tak menandakan seseorang itu tidak pandai.

bla bla bla.

From my point of view, skill dan grade sama penting. I think tak salah rasanya kalau seseorang itu struggle untuk dapatkan pointer yang bagus.  Tak dinafikan ada segelintir yang mempunyai result yang gempak, but lack of skills and vice versa. Tapi, come on, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2.

Ada juga dengar , pointer is useless kalau skill tak mantap. huh!  I think a good grade and pointer is reward for yourself and your parents as well. 

Untuk harapan dan doa yang diberikan oleh emak dan ayah, 

Untuk reward bagi setiap titik usaha yang dilakukan, 

Untuk senyuman ibu dan ayah.

Setiap perbuatan yang kita buat, lakukan lah dengan terbaik selagi diberikan peluang.

Mungkin ibu bapa kita yang pergi dulu.
Mungkin juga kita yang pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu.


Buatlah apa2 pun yang boleh membahagikan kedua2 orang tua kita termasuk lah berusaha untuk dapatkan result exam yang bagus2. Believe me, senyuman mereka apabila mengetahui result kita yang cemerlang dan bagus adalah sesuatu pengalaman yang tidak akan dilupakan.  Sweet memory for your life.

Kesimpulannya, skill dan grade sama2 penting.



Monday, January 4, 2016

You can Change It :) Be better from yesterday

Assalammualaikum


First entry untuk tahun 2016 :D

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Tapi, nak tulis juga ! degil! Sebab gap untuk ke paper last memakan masa 10 hari.   Banyak tak masa gap tu? hahaha! rasa la nanti bila dah sem 5 ke atas , not for next semester. Next semester , fyp 1, maka bermulalah permulaan fefeeling ac10 sikit. heh!  

Lately, pelbagai kes yang terpapar bila scroll fb, twitter dan sebagainya.  Hampir setiap jam,ada jer  berita terkini yang diupdate.  Berhati- hati lah sebelum mempercayai sesuatu berita yang disampaikan. Bila keluar sesuatu berita yang dikira "hot", nanti dapat lah tengok segelintir mereka2 ini yang terlalu kreatif mencipta pelbagai troll. Tak kira edit gambar, merakam video parody dan sebagainya.  Cuma nak pesan, bila menulis atau melontarkan komen tu, gunakanlah bahasa yang sopan. #selfnote You can change the world with your attitude and manner.also knowledge. Teringat conversation dengan akak, kiterowang discuss pasal :

bila seseorang melakukan satu kesalahan atau kesilapan, kita terus menghentam bertubi2. gedebush2

satu komen daripada akak, "Sekarang mungkin kita boleh menghentam kesilapan/kesalahan seseorang.  Seolah-olah kita ini terlalu suci.  
Tapi,adakah kita yakin jika kita diberikan situasi atau ujian yang sama dengan mereka, kita akan memilih pilihan selain daripada apa yang telah dipilih oleh mereka?.  
Now, kita mungkin cakap, " weyh, boleh fikir kot. kalau aku,memang tak lah aku nak buat macam dierowang tu".
Kau pasti? Pasti? Kau tak boleh meramal apa yang akan terjadi pada masa depan. 
Jalan terbaik, berikan nasihat, jangan menghentam.  Silap2, situasi yang dialami oleh mereka akan dialami oleh kita. Masa tu, kau mungkin akan memilih pilihan yang sama dengan mereka atau lebih teruk."
Satu jer nak komen, jangan la berani menipu orang lain apatah lagi ibu bapa.  Kesian mereka yang ditipu tu.

Anak kalau sakit, hilang ker, keluar rumah, masuk univerisiti, jawab paper exam etc. Orang yang akan sangat risau ialah orang tua kita.  
Yang dah berlalu ,ambil lah iktibar. Jadikan diri kita lebih baik dari semalam : )

Next,

Sepanjang 2015 yang sudah berlalu, kita dikejutkan dengan beberapa berita kematian.  Hampir setiap hari, bila scroll fb, baca berita ,'A bin/binti B telah menghadap Ilahi'.

Kematian itu memisahkan antara dua insan. Memisahkan antara dua insan dengan jarak yang terlalu jauh. Tiada lagi peluang untuk mendengar gelak tawa, gurau senda seperti hari-hari sebelumnya.  Yang tinggal, hanyalah kenangan -kenangan yang akan kekal di ingatan dan akan terus berputar. People change, memories don't. Yang tinggal hanyalah doa yang menjadi pengubat rindu. Yang tinggal hanyalah harapan dan doa untuk bertemu di sana, Syurga, In Syaa Allah.
People cry because no words can express their feelings.  Sakitnya kehilangan itu tidak akan boleh digambarkan dengan kata-kata. Akan wujud satu perasaan rindu yang takkan mampu kita luahkan atau sampaikan kepada mereka lagi.  Akan ada suatu ketika perasaan rindu yang sangat terrible  datang menerpa secara tiba-tiba, yang takkan ada sesiapa pun memahami sepenuhnya. Walau berganti hari, minggu even bertahun-tahun sekalipun, rindu itu takkan terpadam. 

Bertabahlah dan semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi masa yang mendatang.  Kata-kata ini belum tentu dapat melegakan hati yang sarat dengan rindu kepada mereka yang telah pergi, namun berharap kata-kata ini dapat memberikan sedikit semangat dan kekuatan.


Kita yang masih hidup ini, buatlah kebaikan sebanyak yang mampu selagi diberikan nafas untuk terus hidup di dunia ini.  Amalan di dunia inilah yang akan menjadi penyelamat kita di akhirat kelak.  Ajal itu tidak kira usia, darjat, bangsa dan segalanya.  Semakin hari, semakin dekat kita dengan waktu ajal kita. Kematian itu tidak akan pernah terlewat mahupun cepat walaupun sesaat.

Berusahalah untuk menjadi kematian yang 'menghidupkan'.  Kita mampu berubah dan mengubah nasib kita dengan berusaha.  Pintu taubat itu terbuka luas untuk hamba-Nya yang mahukannnya dan berusaha.

Jom ubah sikap kita bermula dari hari ini :)

p/s: Beauty attracts the eye but personality captures the heart.