Mungkin kita terlalu bahagia dengan sesuatu hingga terleka,lalu Allah uji kita agar kita tersedar. Mana mungkin perjalanan hidup seindah drama .

Thursday, August 24, 2017

Software Engineering (Educational Software), UPSI

Assalammualaikum semua :D

Okay, post entry kali ni berkaitan dengan kos Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) atau Software Engineering (Educational Software) / AC10 dekat UPSI. Sebenarnya, lately ni banyak dapat soalan2 daripada readers yang bertanyakan tentang kos ini. Maybe yang bertanya2 tu bakal junior2 ac10 di UPSI untuk kemasukan bulan september ni. I'm sure all of you will feel little confused, nervous and so on. So, here, the post entry for you :D

Q1: Kos ni adalah kos pendidikan atau bukan?

Yang pertama, saya percaya yang ada segelintir yang confused dengan title kos ini sebabnya ada dalam kurungan perisian pendidikan. Don't worry, you're not alone. I also got a confused when I got this offer from UPSI. Sebenarnya, kos ini adalah kos kejuruteraan di mana kita2 semua akan mencipta software2 yang berkaitan dengan pendidikan. Sekarang ni kan popular dengan online learning, jadi kita2 ni lah perintis yang akan mencipta online learning ni tak kira platform dia menggunakan web based atau mobile based. Automatically, kita takkan dapat menjadi cikgu walaupun kita ada belajar beberapa subjek pendidikan atas sebab nak bagi kita lebih faham tentang pendidikan untuk mencipta software atau apps yang related dengan pendidikan.

Q2: Kos ni akan belajar tentang apa?

Here:

Subjek bagi kursus universiti, wajib ambil semuanya.




Subjek bagi kursus elektif, wajib ambil 18 jam kredit sahaja, Pilih yang mana korang rasa minat dan berguna untuk masa hadapan.


Subjek bagi kursus teras, WAJIB ambil semuanya. Ada beberapa subjek yang korang wajib dapat C dan ke atas, kalau tidak, kena repeat.

Lastly, semasa semester akhir , korang akan menjalani latihan industri dengan kod baru, MLI3012 dengan 12 jam kredit. Software engineering - educational software  ni akan banyak mengajar kita macam mana nak develop satu sistem atau apps terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan dengan menggunakan coding macam HTML, Javascript, Css. Yang paling penting, setiap phase yang terlibat dalam proses pembangunan sistem atau apps, kita kena dokumenkan untuk rujukan masa akan datang contohnya seperti System Requirements Specifications, System Design Descriptions dan System/Software Testing Plan.

Walaupun nama2 subjek tu dalam bm, tapi korang akan belajar dalam English. Jangan risau, bahasa boleh rojak dalam kelas. hehehe

Q3: Kos ni menggunakan perbelanjaan yang banyak tak?

Okay, korang mesti dah dapat surat tawaran kan? Yuran Pengajian tu diakui agak mahal kalau dibandingkan dengan ipta yang lain. Tapi,jangan risau, kalau reti berjimat, in shaa Allah cukup PTPTN tu. 

Korang cuma perlukan laptop yang processor nya i,3  atau 1.5 pun dah sangat2 okay. Senang kata, laptop yang biasa2 pun okay. Seterusnya, korang cuma perlukan beberapa software macam Adobe Dreamwaever, Photoshop, Notepad ++, maybe Sublime, Netbeans. Jangan risau, software2 tu lecturer akan bagi ataupun korang boleh mintak dengan senior2 atau pun member2 korang yang kaki PC. Simple kan? Kita tak perlu nak lab coat, atau kasut untuk masuk makmal dan sebagainya. Kita cuma perlukan Laptop :D 

Peingatan: Selalu lah buat backup untuk setiap projek yang korang buat. Kalau tetiber laptop hang ker and beberapa masalah lain, x ker menangis bila kita dah siap coding2 semua, laptop buat masalah.

Q4: Peluang Pekerjaan?

In shaa Allah, peluang pekerjaan luas. Korang boleh jadi website developer, software developer, system engineer - front end atau back end, system design, system tester/ Quality Assurance.

Lastly, kalau ada2 apa persoalan , boleh komen kat post entry ni atau free to contact me via twitter atau instagram - farhadepurple.  Harap bakal2 junior dapat merasai kehidupan campus life yang awesome!

Friday, July 28, 2017

Last Journey as Intern :D


Assalammualaikum  :D

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menghabiskan latihan industri dan secara officialnya dah berjaya tamatkan sem terakhir. Ooo-ooo- yeah! *Let’s Party Time*


Astagha! Ni semua duniawi. *kembali ke pangkal jalan*
Macam tak percaya dah habiskan 4 tahun kat upsi. *Ah, kau farah oi* Dulu bukan main kata lambat la nak habis, tak de masa depan lah, tak nampak hikmah dapat masuk kos nil ah bla bla ... jahiliyah sungguh. Ish3..

So, post ni untuk share pengalaman bergelar ‘intern’ selama 6 bulan. Basically, I’m intern as designer and half developer. Bergelar designer ni banyak la mengajar tangan ni yang lebih keras daripada kayu ni gunakan Adobe Illustrastor. Masa mula2 jadi designer, bukanlah tahu pun guna AI ni. Masa fyp dulu pun guna AI untuk buat poster fyp, tapi haram jadah design yang dibuatnya. Company ni tanya member siapa yang reti melukis, aku acah2 berani kata reti melukis. Company suruh lukis guna AI, ternganga2.

Skill yang first diajar masa tu tracing. Tangan dah la terketar2 macam Pakinson, disuruhnya tracing. Garisan semua nampak macam cacing kepanasan. Hodoh! 

perasaan sebak bila dapat buat first artwork dulu2...heh!

Dengan tangan yang terketar2, dapat la task jadi kartunis. Duh, aku bukan seorang yang kelakar, tapi aku seorang pemikir. Heh! *Pemikir kepala hotak hang* Setiap elemen yang digunakan macam meja, baju baru, air,makanan, kaunter dan etc semua ni kena tracing jadikan kartun untuk setiap scene yang nak dibuat. Biasanya, mula2, akan bukan berita2 atau trending kat twitter atau daripada pengalaman sendiri untuk hasilkan scene2. At first susah nak pikir idea dan caption. Dah hampir 5 bulan lebih jadi kartunis, boleh la dah gerak sendiri nak buat scene. Tak lah macam mula2 buat dulu, semua nak tanya team. Then, sikit try buat design untuk facebook campaign, facebook cover photo, logo dan website. 

Ada jugak member2 yang support pasal kartunis tu terutamanya sekali yanie dengan fifa. Dierowang ni suka sangat komen dengan social media kartun tu. Ada sekali tu supervisor, encik Wan pergi baca komen yanie kat satu department, berdekah satu department tu. Rasa macam nak cepuk jer dierowang ni jadi penyek . -_- 

So far, team mate semua nya okay jer. Boleh gurau2 and semua kepala jenis masuk air. Sorang x makan taugeh, sorang tak makan sayur, sorang suka kumpul duit syiling emas, sorang suka menangis. Macam2. HAHAHA!Selalunya aku lah yang jadi ketua menyedarkan dierowang untuk kembali ke pangkal jalan. 

Selalunya, kalau aku nampak dierowang cucuk telinga dierowang dengan earphone, aku akan tanya soalan ni “ korang tengah dengar surah al-khafi ke tu?”. Terus automatik dierowang jadi alim. The best part sepanjang intern ni, aku selalu share dengan nad *orang yang selalu duk meja sebelah dimana selalu pinjam bawah meja untuk beritirehat sepanjang waktu tanpa bayar kadar sewa* untuk beli makanan dan letak dalam drawer. Drawer kiterowang ada 3 tingkat, semuanya penuh dengan makanan. 

Macam mana korang bole tahu ha bila kiterowang bukak makanan baru?
Setiap kali kiterowang bukak jajan baru, aku pelik sebab semua team mate boleh dengar. Aku syak yan dierowang ni ada deria ke-6 untuk mengesan sumber makanan. In shaa Allah,kalau dilepaskan dierowang ke hutan, dierowang ni mampu survive dengan menggunakan deria ini untuk mencari makanan. HAHAHA!  

Lastly, terima kasih kerana telah banyak memberikan sokongan yang padu lagi jitu terutamanya yang kadang2 tu bukak laku ost goblin. *terasa seperti berada di korea* haha...Semoga terus maju yer! :D

To Nad, Jaga diri.. sekarang farah #teamyanafyqa ..kekeke.. Yana dan fyqa telah meninggalkan kita dulu.. Sadis.. To yana and fyqa, thanx sebab selalu layan kdrama sama2 dan ketawa terbahak2 sama. Semoga korang insaf sekarang. Heh! To salwa dan kak lin, semoga terus maju dan jumpa kat konvo nanti.. Semoga kak lin semakin gojes macam bidadari syurga. Dan untuk salwa, semoga berjaya di dunia dan akhirat.


Terima kasih UPSI.. #roadtoconvonow

Throwback Intern:

2 ketul manusia yang sama2 intern. 




Bye semua! Iklan colgate dah start!
Bye Nad, Jaga diri, kerja elok2..
punca kepada lagho.. hahaha.. #teamyanafyqa

Saturday, March 18, 2017

Road To Graduation

Assalammualaikum

Tajuk tu propa jer lebih, padahal ada lagi 19 minggu lagi nak survive untuk habiskan latihan praktikal. Perhatikan jer buku log yang kecik dan tebal ni kat sebelah. Bagi la sikit jelingan tajam dekat buku log ni, biar dia sedar diri sikit, bagi suruh dia bergerak sendiri ke tepi. Heh!

Masih tak percaya, bekas pelajar yang pernah mengambil bidang asasi undang2 dah nak menamatkan pelajaran sebagai pelajar kejuruteraan perisian.Padahal dulu, time sekolah dulu, setiap kali buat ujian kerjaya, resultnya mesti dapat kerjaya peguam. Aku yakin dulu aku jawab ujian kerjaya dengan penuh keikhlasan, mungkin belum sampai tahap keikhlasan sesuci kertas putih mungkin. Mak aku dulu pun cakap, mungkin kertas terlupa la kot nak tulis yang kerjaya yang sesuai dengan aku bukanlah lawyer tapi loyar buruk. I believe Allah has a good plan for me in the future, in shaa Allah. So, kepada adik2 yang baru ambil result spm, jangan risau kalau nak ambil apa2 bidang. Kalau lepas asasi, matrik, diploma, sijil, stpm , bidang yang diambil tak seperti yang diharapkan, jangan risau, semua kos masuk syurga :D * bak kata lecturer masa asasi dulu*

Selama 5 minggu menghadapi dunia intern ni, aku duk beria2 masukkan "ting ting' duit syiling dekat mesin penimbang kat mall. Laju giler nombor naik macam pelesit, dan hasilnya amboi berat pun meningkat dengan penuh biadap sekali. Tak mintak izin pun nak naik, tup tup naik.

Duk beli buku Mat Lutfi yang terbaru, Kisah 25 Filsuf Barat, cita2 nya nak baca lah hujung minggu, haram jadah tak baca. Baca 2 bab pertama, lepas tu duk melingkor atas katil. Bab yang sempat dibaca adalah pasal Sokrates dan Plato. Rasa excited baca nama2 filsuf barat sebab ada dalam buku teks sejarah dulu. Teringat zaman tudung senget benget 180 darjah kat sekolah dulu. Tunggu jer nak beli buku teme yang kedua. Rasa macam nak balik rumah, bawa balik buku teme yang pertama, Pelukis Jalanan masa praktikal ni. Kisah teme masa dia belajar kat london boleh la jadi inspirasi masa nak survive 19 minggu lagi ni.

P/s: Akhirnya, aku berjaya juga update blog ni. hahaha