Mungkin kita terlalu bahagia dengan sesuatu hingga terleka,lalu Allah uji kita agar kita tersedar. Mana mungkin perjalanan hidup seindah drama .

Friday, November 7, 2014

Pilihlah... OOP atau EBOOK?? :3

Assalammualaikum

Kesibukan yang melanda,maka entry kali ini akan menjadi sangat panjang dan panjang. Topup untuk hari2 yang akan mendatang.  Hari paling rare dalam hidup, hari ni dateline, hari ini baru nak buat. actually dah tengok soalan oop sejak beberapa hari yang lalu. Tapi,otak membeku,tangan cramp, mata berair bila nak buat. *eceh alasan* ..Maka, selepas balik dari program agm,baru start buat.  And suddenly a shock news "kena hantar 7/11 sebelum 12:30 tgh hari"<----- dapat tahu masa pukul 12 lebih nak pukul 1 pagi.. soalan pula banyak, memang tak terkata .I blame to myself sebab pemalas..  last week, , busy siapkan ebook = at least 90 pages, + offer + egoodies +report.. For the total, I think about 150 ++ pages, tapi itu pun offer dapat siap semampu jer yang boleh,selebihnya sambung kemudian.  Sebab kena print dan kesuntukan masa.  Masa diberi tak sampai 2 minggu.

Report paling malas sekali nak buat sebab idea dah banyak keluar untuk hasilkan ebook  *idea macam ada sejuta :3* This is first time,buat ebook dan kiterowang (aku,laila n fifa) warga ac10 pertama ambil subjek ini.. erkkk!  Dengan susah payah dan annoyingnya seta dengan penuh harapan bertanya pada senior.
                             " Macam mana nak buat ebook nie?"
                             " Tak pernah ambil subjek ni."<------ that answer make me feel very down.HAHA!
       *tak per, kan memang cita2 nak jadi warga ac10 yang unik(bukan pelik)* kata aku pada dinding




Ingatkan buat ebook jer, tapi kena buat jugak buat plan untuk minisite dalam report.  And I got this conversation:
                            " Macam mana nak buat payment button dalam report?"
                             "Dalam report ea,lukis jer la.hahaha" <--------   jawapan yang sangat
bermakna. :3  terjun dari kerusi.

Actually, aku memang macam nie.  Akan bertanya soalan2 yang tak berapa relevan kepada orang yang tak pernah ada pengalaman subjek ini.  Dengan niat, aku pun nak buat  kepala orang yang aku tanya tue serabut jugak. HAHAHA *ketawa jahat* T.T nangis sekejap, kenapa tiada sesiapa pun course kiterowang yang ambil subjek ini??????

Then, subjek oop, memang assignment ke laut.  I'm sure bila lecturer baca jawapan aku, tekanan darah pasti akan naik.  I'm so bad dalam coding, so i think i need to be something else.  I want to be puteri bali  ..erkkk,Tak memasal!

After submit report yang setebal itu, ingatkan itulah kerja last sekali.  Rupanya ada report 2 (pasal ministe, fb pages, auto response, design cover, video promoting n dll).. gedebuk!  Tambah lagi report group (pergi ke kedai2 sekitar tg malim dan buatkan at least 3 laman sosila untuk promote kedai tersebut +video promoting).. tergolek2!

Honestly, ebook nie tak der lah membebankan *really?* kalau dah tahu awal2.. boleh la gain many ideas.  Dan menjadi masalahnya, bila kiterowang jadi orang first yang ambil subjek ni, maka zero knowledge.  Maka, aku mencadangkan  kepada warga ac10 kalau rasa2 ada bakat terpendam dan masa terluang yang sangat sangat banyak, boleh pertimbangkan untuk ambil subjek tekno ini.  Rugi kalau  tak ambil subjek ni, at least ada dapat pengalaman baru  *cadangan yang ingin disuarakan dalam agm tapi tidak kesampaian* HAHAHA!  Mana boleh kiterowang jer ada pengalaman buat ebook.  Kiterowang dengan penuh baik hatinya ingin turut menurunkan skill membuat ebook kepada warga ac10 yang lain.


Thursday, October 16, 2014

Perjalanan ini masih panjang

Assalammualaikum

Sejak kebelakangan ini, aku sering berjumpa dengan mereka yang sangat-sangat tak terjangka. Semalam, masa daftar ahli srm, duduk sebelah dengan orang satu daerah. conversation start from her,
                  She:"sem berapa?"
                  Aku:"sem 3."
                  She: " owh..akak"
                  Aku: *dalam hati,akak??* "umur berapa?"
                  She: "20 tahun"
                  Aku: "la,sebaya lah.. tak perlu nak panggil akak sangat"
                  Aku: "orang mana?"
                  She  :Johor,Muar. Bukit Gambir" +plus muka pelik
                  Aku: la yer ker. sama lah.

The best part, dia kawan kepada kawan aku masa kerja part time lepas spm. Kecik nya dunia nie. For the first time, tiba2 dapat jumpa orang muar.excited terlebih.kah!

Then, today, tengah tunggu member beli barang kat depan pintu timur, tiba2," nie akak farah kan??" well,macam biasa " erkkk.. yer,kenapa?" plus muka lampi+blur dan segala jadah yang sewaktu dengannya. Ya Allah,rupanya junior waktu sekolah dulu. Kiterowang sama course, dia baru masuk sem 1 ac10. Selama ni,ingat aku forever alone yang tercampak kat sini. yeay! ada geng! tapi,dik,maaf lah kalau nak mintax tolong ajar ker, memang tak dapat nak tolongnya lah. Aku pun tunggang terbalik, tergolek2 nak study.

kadang, apabila kita tak dapat apa yang kita mahukan, terasa macam kosong,alone di dunia yang baru. Normal, terasa macam diri nie alien versi bumi bila berada di bumi yang tak penah kita mimpikan. Lost, down------> hampir 99.99% menguasai diri. Terasa funny bila teringat, aku hampir2 jer hantar borang berhenti di sini , at the end, currently, in 3rd semester ac10.

Give up? Memang! Tired! of course! But, what people said " You are the only one that choose whether you want to change your destiny or not" Believe, Perjalanan ini masih panjang untuk give up. Failed? Aku rasa banyak kali aku failed. Pmr, spm, asasi, pernah failed jugak. Tapi,sebab Allah masih sayang, Dia masih lagi bagi aku peluang futher study sampai sekarang.
Setiap orang itu rezeki nya berbeza-beza. Aturan takdir masing2 juga berbeza.Ada orang bertemu dengan jodoh awal.Ada orang bertemu kejayaan awal.Ada orang bertemu ajal dengan awal.
Baru2 ini, dikejutkan dengan berita pemergiannya ibu tercinta bff menghadap Ilahi.  Sungguh, kematian itu boleh datang bila2 masa,sama ada kita bersedia atau pun tidak. Apa yang kita mampu lakukan sementara masih hidup,adalah mendoakan.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' 
(HR Muslim).
Kita yang masih hidup, teruskan perjalanan hidup berlandaskan landasan yang betul. Tergelincir , itu biasa. Yang penting, kalau tergelincir sikit,cepat2 la betulkan landasan anda! Jangan sampai "kreeeekkkk!kebabom" baru menyesal :) Dan aku, masih ingin meneruskan perjalanan ini even sesusah mana pun, I know. my parents will alway pray for my success.

Even seteruk mana pun ujian yang menimpa, never take a shortcut. "Hidup ini memang kadang kala memenatkan,tapi adakah mati itu jalan penyelesainnya??? Selagi Allah masih sayang, masih berikan peluang untuk baiki , carilah peluang untuk betulkan kisah hidup anda. di luar sana, mereka berebut2 untuk mati syahid di jalan Allah, adakah kita ini sama seperti mereka.. Manusia,dikurniakan akal, dikurniakan nikmat yang sama, tidak mahu meneruskan perjalanan hidup ini dengan penuh maruah dan mengikut syariat? :)

P/s: untuk subjek Keusahawanan Tekno dan E-Dagang, assignment yang diberi ialah membuat ebook. do support me :)

Sunday, September 21, 2014

Pesta Konvo 16 :)

Assalammualaikum

Blog!! disebabkan kemalasan yang melanda macam ribut taufan, dibiarkan blog ni yang entah berapa lama. Actually,busy2 , busy dengan add drop subjek :3  Penat add subjek , then drop balik . Well,baru la thrill kan.. I'm software engineer to be yang paling penakut nak buat projek setiap sem,sebab tue aku akan drop benda yang ada praktikal *sukahati jer* serius, memang projek aku hancur macam gunung berapi melanda. So, hilangkan stress add drop *add drop jer pun* , pergilah berfoya2 di pesta konvo kali ke-16 . T.T, duit mengalir laju jer macam air sungai setiap kali pergi pesta konvo nie. Bukan beli barang apa pun, habiskan duit dekat makanan jer. Bayangkan, start jejak kaki kat pesta konvo ,beli makanan. Then, nak balik ke kolej,beli lagi makanan. Aku rasa berat naik bertan2 kowt.

 Pergi pesta konvo,excited tengok senior2 pakai jubah ala2 harrypotter tue dengan bunga2. Pergh, rasa jelez kowt even time sekolah dulu,masa form 3 and form 5 ada jugak hari graduasi. Tapi,feeling tak sama grad masa sekolah dengan universiti. Dapat habiskan study, dapat ijazah,the certificate untuk dapatkan kerja, dengan baling2 topi konvo :3 *ehhh*  Pesta konvo kali nie aku join sebab kena jaga booth kelab , kalau tak,memang takkan la nampak muka kat pesta konvo yang jauh kat dewan besar tue. And kebetulan, member,fifa tue jadi rakan konvo, malam pesta konvo pun turun padang,mencemar duli la konon2 nya. Ada la jugak artis2 yang datang memeriahkan, tapi aku duk makan kat tepi2 booth tue .

And kiterowang nie yang tak konvo2 lagi nie, lama2 lama lama2 lagi nak konvo, just see senior2 yang grad nie dengan penuh excitednyer. and eager nak konvo dengan cepat. ewaahhhh, ingat senang nak tunggu dengan penuh sabar dalam study?? dengan assignment yang melambak2,malasnya lagi, duit yang tak mengenang jasa tuannya dengan mengalir laju jer. huh! so, datang pesta konvo,dengan niat nak tengok senior2 konvo dan menimbulkan semangat baru untuk study ..  In shaa Allah, we will be next to graduate :)

so ,here, beberapa gambar pesta konvo kali ke-16 :)

karl  shafek was here !!!


the last day of pesta konvo :)  tq camera man adik2 yang comel :D


booth FSKIK :) my faculty . 
with the lecturer and en kamil :) tq camera man.. hahaha

dierowang sebenarnya nak main apa kejadah kat belakang tue, tapi malu :3



Sunday, June 1, 2014

The end of second semester! have fun ! fifa,kak pu3,laila,miemeiey, karipap<----- antara mangsa .:P

Assalammualaikum

Alright, kelas dah habis!  heee~ terasa sungguh gembira tak terkata. Tak percaya dah semester 2. and paling tak percaya mesti my father , " exam final sem 1 ea??"  <--------- anak dia nie dah semester dua dah ...mungkin sebab rasa sekejap kowt. erghhhh!  but, aku pun tak percaya hampir berjaya menghabiskan dua sem di sini.menghirup udara yang segar, bergelak2 dengan kawan.  Tetiber, teringat masa sem 1 dulu, hampir2 jer nak berhenti. Tapi , my parents cakap, "syukur dapat course nie.mana tahu ada hikmah", Then , ada sorang cakap kat aku macam nie " budak asasi kan, takkan boleh survive. saya boleh survive sampai sekarang". <------ deep. *tersedak2 aku baca ayat dia nie*sentap kowt, hahaha,tapi betol,its a fact. kalau orang lain boleh buat, takkan aku tak boleh kan? just believe yourself. Hanya diri kita yang mampu mengubahnya.

Aku dulu, selalu jer cakap " ah, kenapa la aku kat sini?" and now. rasa happy jer. Masa sem 1,selalu jer ada mangsa telinga dengar bebelan aku yang tak bertauliah ni. Telinga dierowang nie dah bernanah kowt  :P  masuk sem 2, baru rasa semangat terlebih , tapi ada lah jugak mengeluh sikit2 bila subjek yang ada kaitan  coding2 tak boleh buat. Sem dua nie bez sikit, ada housemate satu course. Asal boring, nak bagi sesi "kuliah ", kacau dua orang housemate nie. Buat hidup dierowang nie huru hara sikit :P laila memang dah dekat jer dari sem 1 lagi. Miemiey masih jauh2 jauh, kadang2 dia datang melawat gak.

Final exam dah sangat2 dekat. Tapi, masih ada masa nak layan korea lah, layan movie dengan member2 lah. Rasa macam exam tue suram2. *eh2,kang keluar result,menangis tak berlagu * Sem nie berjaya belajar bahasa ketiga, bahasa jepun. berbelit2 aku nak baca huruf dia time test oral. First time kowt, terasa macam buta huruf tetiber.  have fun this semester! yeay!

#fifa #kakpu3 #miemiey #laila<------------  antara mangsa2 yang berjaya dikesan. Aku memang suka mengacau orang2 tak bersalah. Dan sorang lagi, budak karipap. HAHAHAHA! *budak ker??* hmm, boleh la. pekong lippar kae .  kadang2 sian jugak, tapi memang aku bab kacau orang,memang no 1. krik3...  terima kasih untk semua :) heeeeee~  btw, yang menarik, baru perasaan ,aku sorang jer budak selatan di antara kami berlima. lagi 4 orang kat atas tue,semua pantai timur kowt. Dah belajar sikit2 dah, bila cakap, serius ,macam suara kartun pun ada ..Lets have fun this final exam!



Saturday, May 31, 2014

Dalam setiap perkara yang mungkin kita benci,terselitnya sesuatu yang akan kita cintai. :) the end of class for second semester

Assalammualaikum

alright, we are here, menghampiri the end of the second semester, the first year :) A hectic life of student life, a high level of stress, a nervousness for final exam and etc. yeay, a reality of student life. tapi, tak bermakna kita tak boleh merasai nikmatnya kegembiraan bergelar student. Even kita belajar sesuatu yang bukan pilihan kita,bukan major kita, believe,akan ada sesuatu yang menarik, unik. Ada sebab kenapa kita diletakkan di situ. Ada sesuatu yang bermanfaat akan dipelajari.  #factisaccepted
Macam aku jugak, dulu, nothing or zero about programming. Memang mula2 , terasa sungguh merimaskan belajar sesuatu yang bukan major kita. Owh,jangan cakap macam mana tahap stress waktu semester pertama dulu. Bab tergolek2 ,tunggang langgang masa belajar semester satu memang tak terkata. Memang dah tekad menghabiskan sem 1 jer dekat sini, tapi, u know what? a faith, masih di sini lagi meneruskan semester. :) And now, I found something special about it.

khat jenis kedua yang :) #mykarya #khatkhuluth

khat jenis ketiga. #amatur  #needimprovement #mykarya  #khatdiwani

khat jenis keempat. #khatkufi #4orangpunyerkejer #fifa #kakpu3 #laila #me

#karyafifa

#karyafifa

#khatkufi #me

#aktivitikerlu  #masukhutan


the beautiful of nature :)
 U see, apa yang aku dah buat sepanjang sem nie? I love art so much, and now, I get it . Kan, belajar la apa2 pun, kalau dah minat, u can learn it everywhere. Start from above, belajar sikit2 tapi kuatkan diri belajar sampai habis. Aku pun tak pernah terfikir akan belajar tulisan khat nie, just kebetulan ambil koku tulisan jawi kat sini. Masa first class koku tue, baru tahu kena belajar tulisan khat. ingatkan just belajar pasal rule of tulisan jawi. heeeee~   kan, Allah takkan letakkan kita untuk sesuatu situasi atau pilihan tanpa bersebab. Dia ingin tunjukkan kita betapa kita akan menemui sesuatu yang akan kita cintai dalam setiap takdir-Nya :)

One thing, aktiviti kerlu nie pun unexpected. Just join2 untuk mengisi masa lapang. nie gara2 laila, dia cakap just pungut sampah then ,pergi air terjun kat belakang upsi. tetiber,kena masuk hutan dan kutip sampah. U know me, I hate anything about sports. Someone yang tak pernah bersukan, yang akan mengelak anything about sport, then, tak tahu apa2, join member aktiviti nie. and my father said " biar betul masuk hutan nie? hahaha" <--------   -_- obviously,my father know me well. then. my father said " ada kena apa2 ker??? okey ker??"<------- obviously again, tahu anaknya ini amat lah susah join aktiviti lasak..  But, it's fun. dapat melihat keindahan alam, dapat menghirup udara segar, merasai betapa sejuknya dan segarnya apabila dekat dengan air terjun. kamsahamida,laila :)

Thus, dalam setiap perkara yang mungkin kita tak suka,ada terselitnya sesuatu yang akan kita cintai :) " ......dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (surah Al-Baqarah :216)


Sunday, May 11, 2014

She always encourage me, support me . LOVE Both of THEM!

Assalammualaikum

            Yesterday, Hari ibu, tapi sebenarnya hari2 adalah hari ibu. Missing my parents already! Bila aku rasa down, my parents always encourage me to be better. Bila aku rasa macam tak mampu lakukan sesuatu, they always cherish me up. Always,everytime, feel rasa tak mampu, aku akan cakap dengan diri sendiri " Ingat ur parents, gembirakan mereka. Jangan pernah sesekali lukakan mereka walaupun sekali. Apabila ibu bapa redha dengan perjalanan hidup kita, in shaa Allah, Allah akan juga redha dengan hidup kita. Dan in shaa Allah,aku mampu harungi ujian ini".

            Untuk besarkan anak2, memang perkara yang amat berat.Apatah lagi, mereka harus bersabar dengan kerenah kita, bersabar dengan setiap apa yang kita ucapkan. Apabila anak-anak berasa susah, ibu bapa orang pertama yang akan berasa risau. Walau tak nampak secara kasar, hakikatnya, mereka akan berusaha untuk tidak memberi beban kepada anak-anak. How much they love us. Pernah dengar orang kata " seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, tapi seorang anak mungkin tidak mampu untuk menjaga hanya seorang ibu". Biar pun pelbagai ujian, apabila kita letakkan kepercayaan kepada Allah, dan mempunyai sokongan daripada ibu bapa,kita akan menjadi lebih kuat!

            Melihat senyuman di wajah mereka sudah cukup membahagiakan. Waktu kita ingin melakukan sesuatu, selalu ingat apakah ini akan menyusahkan parents atau tidak? Think wisely before do something! Jaga hati mereka sebaik2 yang mungkin, sebab tempat mereka takkan ada sesiapa pun yang dapat gantikan.

            Perjalanan hidup kita mungkin berliku2, tapi jangan pernah melupakan jasa mereka. Kadang2, ada anak yang menyalahkan parents sebab kehidupan tidak semewah orang lain, tidak sebahagia orang lain.  U regert them because of that???  Selalu ingat orang yang di bawah kita, rasai betapa bersyukurnya kita ada mereka. Mungkin itu yang mampu mereka berikan kepada kita, mereka berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik. Dalam kehidupan, kita mesti akan ada kekurangan dari pelbagai aspek,tapi itu tidak bermakna kita harus menyalahkan takdir. bersyukurlah,sebab kekurangan itulah yang mengajar kita tentang realiti kehidupan, yang membentuk peribadi kita.


Monday, May 5, 2014

HAPPY BEFDAY, A TIRED AND A FUNNY DAY

Assalammualaikum

Jumaat lalu, our first reunion with ex asasian. A big surprise from raudhah. Mulanya, dia tweet cakap,dia tak jadi datang,tetiber sampai kat tempat reunion, dia muncul, terkejut den.Dapat jumpa azidah,raudhah dan mimie. owh,rindunyer, welcome back to our old memories. Terasa macam sedang berada di dunia asasi. Bergelak2,mengusik2, serius, sangat rindu.  Berjalan sambil mengenang kenangan lalu, ambil gambar2 sebagai kenangan. ada orang pro tue amik gambar  Cc: Azidah.  Makan sama2, cerita pasal kehidupan yang dilalui sekarang. #BFF until jannah. I will tell the world " I MISS RAUDHAH, MIMIEY,QIELA,AZIDAH,NANI,MAHIRAH,ABIR,HANNAH"
our first reunion, nie jer gmbr yang ada,yang lain dekat azidah.. azidah,mana gmbar?? hahaha

ketika dulu2..

rindu2


today, kiterowang sambut befday housemate ,fifa .Actually, belated befday,sebab lewat sehari sambut befday dia. A simple but has a a good value . Tapi, tak sempat la menyumbangkan suara yang "sedap" nak nyanyi happy befday dekat fifa. Dah besar kan, ekeke! *perasan semata2* for the first time, sambut befday housemate merangkap classmate jugak.  Even baru semester nie jadi housemate, that a very very nice moment .

But, now just that story, kiterowang juga siapkan assignment berkumpulan hubungan etnik. Ya Allah, pelbagai gaya dan aksi menarik berjaya dikenal pasti. " funny and weird action " is detected!!!  *except me* ekekeke! uuuuu, baru tahu, ada bakat2 terpendam dekat dierowang nie.. bakat2 yang tersembunyi telah berjaya dicungkil dengan penuh gaya. Aku?? jadi tukang observer *erkkkk!*  takder bakat nak dicungkil,hanya kelam semata2..

For the whole day, berpenat2 menyiapkan assignment group hubungan etnik. *lap peluh*  well, act like a boss, orang lain yang banyak buat kerja.. *misi membuli housemate and classmate sekalian* HAHAHA*ketawa jahat*  Dengan penuh semangat2,pihak2 produksi bekerja untuk menyiapkan assignment nie..

We create memories, will keep in our mind, always and forever.  It will remember until our last breath, friendship forever. Friendship always make us become stronger than before, encourage us to become something over our expected. So,enjoy yourself, smile and believe we're the choosen one to become better :)


Thursday, May 1, 2014

CUTI, SIMPLE BUT SOMETIMES, IT WILL BE AN IMPORTANT THING IN OUR LIFE THEN

Assalammualaikum :)

feeling fresh, sebab hari ni cuti, terasa macam hari ahad! Everyone nak balik, tapi aku masih di sini, menatap screen laptop yang tak berapa nak mengenyangkan perut. #eh. Tiba2, kt insta, buang tabiat agaknya buat throwback time asasi. Entah2,tetiber rasa rindu. rindu segala2nya, tapi tak bermakna kehidupan sekarang tak hepi. Alhamdulillah, kehidupan lebih gembira, even assignment melambak2, even tak dapat balik rumah selalu, even belajar course baru, even tak ada basic sekalipun.

U know what, ada banyak perkara yang kita impikan, bukan semuanya kita akan dapat. Kadang kala, kita terpaksa melepaskan atau belajar benda yang baru. But, bukan bermakna semuanya berakhir, u can develop a new things, a new skill, a new achievement. kehidupan ini kadang kala berliku2 ,sampai kita rasa confused "eh,betul ker apa yang aku buat? I deserve for this things? really, I can do it well??"  perkara yang sememangnya bukan jadi milik kita,walaupun kita berusaha sekalipun, ia tetap takkan jadi milik kita, TAPI kita akan diberi dengan jalan yang lain, kehidupan yang lebih baik, perkara yang lebih memberi makna . back to reality, not just focus on your dreams. :)


Pandanglah sesuatu yang berlaku dengan penuh hikmah. Yakin, ujian yang Allah titipkan untuk kita adalah tanda cinta-Nya.  even kadang kala,kita tak tahu kenapa kita yang dipilih untuk menjalani kehidupan seperti itu, tapi,pastinya Allah telah siapkn jawapan apabila kita sedar hanya kepada Allah tempat kita berharap. Walau macam mana susah sekalipun ujian itu, itu tanda Allah mahu kita semakin dekatkan diri kepada-Nya. Segala ujian itu , fikir2 kan apakah dosa yang kita pernah lakukan sehingga duji seperti  itu.




when the pain comes,go to the one who heals all pain (Allah),
 indeed :) Hati akan menjadi lebih tenang apabila kepercayaan diletakkan kepada Allah 100%. sesungguhnya, setiap perkara itu terjadi dengan izin-Nya, jadi tiada perkara yang mustahil. Lihat ujian dengan mata hati,bukan dengan mata yang penuh dengan duniawi. Sentiasalah berprasangka baik dengan setiap apa yang Allah takdirkan.

kadang kala, mulanya perkara itu nampak simple, remeh, tapi itulah perkara yang akan menjadi perkara terpenting dan terindah dalam hidup kita. Cuma, kita cepat sedar atau pun lambat sedar jer. see, now, i start to love this course, I start to adopt with this new environment.

LASTLY, KEEP CALM AND BELIEVE TO ALLAH. KEEP CALM AND LETS STUDY :)

Saturday, April 19, 2014

Tidakkah setiap sesuatu yang Allah rancangkan untuk kita ada hikmahnya?

Assalammualaikum

fuh2*tiup habuk*apa jenis blogger la malas nak update blog nie. Campus life kali nie serabut dengan assignment.Assignment yang menggunung, tapi masih mampu ketawa macam orang gila, senyum, datang kelas dengan penuh keceriaan. Dan, result spm tahun nie pun dah keluar kan.. tiba2,aku ditanya soalan nie " kenapa tak pilih course nie dulu,kan aliran sama waktu spm.kenapa perlu nak melawan arus??" eh2, aku tengah nak habiskan semester 2 degree kat sini,masih nak tanya soalan ini pulak. Meh,aku jawab dengan jawapan yang jujur dari hati *ewah*

     okey,memang asasi dulu,melawan arus. waktu spm,amek sains tulen, masa asasi, amek undang2 pulak yer. pilihan keluarga :) memang berbeza daripada apa yang aku minat, berbeza dari cita2 yang sebenar, but the most important thing, apabila kita buat sesuatu dengan redha ibu bapa, in shaa Allah,Allah akan mempermudahkan urusan kita. Once kita buat sesuatu yang menggembirakan hati ibu bapa kita, hidup kita akan lebih bermakna. Mula2,memang la rasa macam pelik jer melawan arus, tapi2,lama2 enjoy dengan dunia baru. Jumpa kawan2 yang awesome, RAUDHAH,MAHIRAH,NANI,QIELA,MIEMIEY,AZIDAH, ABIR,FAIZI,FAEZ,ILLI,FARAH IZZATIEY,AINA and so on. I try harder to get the best in foundation :) sampai sekarang,masih rindukan kawan2 asasi. Tapi, tak der rezeki nak continue degree in law, x per la.
    
       Then, here, continue with degree software engineering. again, ada orang tnya, "buang masa jer amek asasi undang2 dulu,x rasa gitu? last2,kemabali ke dunia sains jugak".. eh2, no komen, tapi jawapan aku. kalau aku tak pilih asasi undang2,aku mungkin takkan terpilih sebagai pelajar software engineering kat sini,get it? mungkin,aku akan sekarang berada di bidang lain atau apa2 kemungkinan lain. Aku gembira sekarang dengan campus life, tak der pun sampai aku rasa macam hilang tempat bergantungan. Kenal dengan kawan2 yang baik, belajar benda baru yang tak pernah aku tahu, kenal dengan kehidupan di tempat baru.pertukaran course yang berbeza tak der mendatangkan masalah yang sangat besar macam masalah dunia.Di mana pun kita belajar, walau apa jua course yang kita ambil, jika kita memang berusaha,doa, in shaa Allah, tiada masalah. One thing yang aku dapat sepanjang masa ini, apabila kita buat sesuatu kerana Allah, kerana untuk menggembirakan ibu bapa kita, in shaa Allah,jalan untuk kita dipermudahkan. bersyukur kerana memilih jalan ini, sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. keep calm and believe to Allah.Rezeki itu ada di mana2, cuma kita perlu yakin,berusaha dan tawakal ;)

     Ada advantage jugak memilih jalan yang melawan arus nie. even sekarang, masih boleh gunakan ilmu yang aku dapat masa asasi, even boleh kaitkan course baru ini dengan law, malah, boleh membuatkan aku berfikiran jauh lebih matang daripada sebelum ini. Tidakkah sesuatu yang Allah rancang untuk kita ,setiap satunya ada hikmah?

      Dan, tak perlu nak fikir diri kita sebelum kita memilih jalan yang sekarang,sebab ia akan lebih membuatkan kita merasa menyesal, give up, tak redha dengan apa yang kita pilih, understand?Yakin dengan apa yang kita buat, percaya dengan kebolehan diri sendiri, cari jalan untuk mendekatkan diri kepada Pencipta ;) Apa yang kita miliki sekarang,hargailah, sebab kita tak tahu,bila kita akan kehilangannya suatu hari nanti.

   now, I'm happy with my own life,my campus life, my personal life. I know,I'm strong enough, I can do it. Thank God:) 

Saturday, March 15, 2014

fighting for my second semester! calculus, english

assalammualaikum

       What a hectic life ! so tired! rasa dah berminggu2 masuk kelas, tapi, problem with my mind, slow progression.At first, belajar calculus, terasa masya Allah, pening nya. Yer la, dah lama tinggalkan math. Dulu,time asasi law, yang ada math2 sikit2 nie,cuma ekonomi jer,but, just belajar teori jer banyak. Everything about math and additional math,gone!, far away from me from the previous school. Masuk kelas, duduk depan sekali,dengan penuh "keyakinan", konon2nyer la, at the end of the class, my mind keep asking "apa yang belajar ea tadi??". gosh, sungguh teruk sekali.

        But,Alhamdulillah,begin with chapter 2, dah mulai memahami calculus nie.sikit jer la tapi, sebab terasa macam belajar add math balik,differentiate tapi,calculus nie more deeper. heeee~ finally, jumpa dah favourite thing pasal course nie.Welcome to this course with a fresh spirit! tapi, as well, time quiz chapter 1 calculus, main hentam jer lah, memang teruk pown tak paham chapter 1.

         Then, this week, berjaya masuk kelas bi1, yes,I regret for the rest of my life because I didn't try harder to perform well when I'm in foundation of law. Almost did it,but tak der rezeki. Never mind. I start to love this course ;) and suddenly,lecturer cakap "stok buku dah habis. carilah buku bi1 walau apa cara sekalipun. tapi,tahu kan plagiarism??".. Seluruh kampus lama, ada banner "stop the plagiarism". Maka,terpaksalah buat muka tak malu,pinjam buku orang. kalau la boleh buat plagiarism, dah lama photocopy buku tue.--------->ciri2 pelajar bukan cemerlang!


buat2 muka tak malu,pinjam buku orang, tapi tak tahulah masih beginikah rupa buku ini time pulangkan nanti.. hahahhaha  *kau nak kena belasah,farah oi????" arigato gozaimasu /kamsahamida/thanx sebab pinjamkan.. :)kener susahkn orang lain,hmmmmm



    For this semester, fighting for dean list,in shaa Allah. And for my sister, gud luck for your spm's result :) pray for the best for you,make our parents feel proud of you :)

 And baru2 nie, negara kita tengah sibuk pasal MH370. :((. gosh,tak dapat gambarkan perasaan ahli keluarga mereka. Tak tergambar kerisauan mereka, sayu jer lihat gambar2 yang disharedkan dalam fb. Gambar ibu yang tak putus2 telefon anaknya yang berada dalam MH370. Sangat berharap MH370 bersama2 seluruh penumpang2 nya selamat kembali :) doakan yang terbaik. Dan isu hangat,raja bomoh tue, hmmmm,,, what so shameful! Solat hajat beramai2 mendoakan keselamatan penumpang2 lagi bagus :)

Wednesday, February 26, 2014

second semester !

Assalammualaikum

 Another semester in this place *yahoooo!*. Can't believe it,but this the reality. This a chance for me to be better than a previous semester. Another 7 semester in here, spreads a love in here. Another happiness for me to love this course for a long time,I guest *wink* A new housemate,house ,and the most important, I have 3 people in my house from PANTAI TIMUR! better learn their loghat before I'm dying to translate them. So far,they're so funny,best,adorable,charming and so on. What the hectic week to add and drop the subject together, and we will scream like crazy*just me* when the subject clashed with our timetable. Rasa macam nak buat sistem akademik sendiri!

 Hampir setiap hari, makan makanan orang masakkan *bukan kafe yang terletak jauh nun di sana*. Semester nie memang nak suruh berat aku turun. Bayangkan,nak tunggu bas untuk pergi ke kuliah, peluh memang membasahi setiap langkah. Nasib baik la upsi nie tak banjir dengan peluhan keringat aku nak tuntut ilmu ni*sigh* Kebanyakan daripada kiterowang nie berpecah kelas,termasuk la Laila and miemiey. Mulalah merasa macam hilang arah tujuan bila kena pergi kelas sorang2.*macamlah orang lain nak makan aku*

 So far,personal life more harder and tough  than campus life.For this semester, koku aku memang memerlukan kesenian.Tangan dah la keras macam ais batu, memang berkarya sungguh jadinya nanti. For the first week,memang rasa setenang2 nya bila cuma boleh add 2 subject jer,the rest,HOLIDAY! Then,next week, dah mulah dah mai lab memenuhi setiap ruang yang ada dalam timetable. Semakin kelihatan "cantik" dengan tulisan "SMN..." "H....." "MTS....".. Calculus,make me dying! otak dah berkarat sangat, tak mampu nak mencerna ilmu dengan cergas,slow progression!

 Kononnyer,sebelum datang sini,nak belajar bersungguh2 la katakan. Saat kakiku menjejakkan kaki di sini, terus semangat tue ditelan. Pernah tengok citer fairy2tale,dierowang masukkan kuasa kejahatan ke bumi? macam gitulah,tapi,nie bukan kuasa kejahatan,nie semangat. Esok,tak der kelas, so continue for next day! <3 blogger #blog under construction