Mungkin kita terlalu bahagia dengan sesuatu hingga terleka,lalu Allah uji kita agar kita tersedar. Mana mungkin perjalanan hidup seindah drama .

Monday, December 17, 2012

law087 again and i think i understand what i've learnt today

assalammualaikum w.b.t

hari nie,aku ader lecture kelas law087,,malam semalam,aku dah study sikit2 tajuk yang bakal diajar lecturer hari nie,,so,aku masuk kelas,aku cuma perlu pahamkan apa yang aku tak paham,,alhamdulillah,aku lebih paham dengan buat macam tue,,syukur sangat2...memang mula2 agak susah,tapi lamer2,aku paham la jugak,,tapi,still ader confused sebab type if defence tue semuanyer lebih kurang samer jer,,,tapi,kalau kita berusaha,tak mustahil one day,kita boleh memahami nyer jugak

then,kiterowang continue dengan bel 342,oatak aku sakit pikir current issue ,,aku jarang bacer newspaper,,*eh,bukan jarang,memang susah susah susah susah giler nampak aku baca newspaper*,,sebab aku tak suka bacer newspaper sebab banyak benda yang aku baca kadang2 tak bersependapat dengan aku,,hahhaa




law087!!!done,,bel 324 also done..

assalammualaikum w.b.t

alright,hari nie,aku dah abe sstudy law 087,,,aku nak buat preparation for the next lecture ary isnin nie,,aku takowt aku kener explain and give an example based on the type of defence,,alah,biaser lah,aku nie memang jenis yang gugup bila bercakap kat depan orang ramai,,raser macam semua orang nak makan aku biler aku bercakap depan orang ramai



walaupun aku tak berapa nak paham sangat some type of defence,sekurang2 nyer aku dah baca,,esok,time lecture,tinggal aku dengar apa yang lecturer expalin and pahamkan,,tapi,don;t expect aku nie pandai giler nak explain dan paham semuanyer,,aku mula tak paham bila type of defence yang akhir2,,dan paling aku tak paham,aku x sure tue type of defence or not,aim of sentencing,,i think,it's not..

dan ,miracle,lepas kakak sedare aku bagi contoh situation necessity,aku dapat paham necessity,,mistake ,accident tue,aku dah boleh paham la sikit2...

after that,aku continue dengan cari tajuk bel 342,,general topic,,act,aku cari 5 tajuk sebab aku takut one of them tak relevant dengan kehendak lecturer aku,,tajuk yang aku nak pilih sangat2 ,KOREAN WAVE,,,,hahahha,otak aku  memang macma nie,,bersemangat aku nak buat assingment kalau tajuk aku diterima oleh lecturer,,



so far,my life agak tunggang langgang,,hidupn tak ketentuan sebab aku masih belum nak senang pick-up dengan apa yang aku beljar,,aku terharu giler kowt dengan ayat diba aziz yang bagi semangat dekat aku supaya jangan give up dengan law,dia percaya aku boleh buat and survive in law,,dan tak luper jugak dengan kawan satu lecture dengan aku,faez yang ada jugak bagi semangat untuk aku untuk belajar law nie,,hope aku boleh survive in law...


Sunday, December 16, 2012

azam baru!!!!!!weeeeee~~~~~

assalammualaikum...

setelah aku mengikuti program pagi sabtu,aper namer dier,aku dah luper*aku memang seorang yang peluper*,aku dah ada sedikit  azam baru*oi,azam pown ada ukuran ker*..sukahati aku lah,aku punyer blog,aku nak merepek,nak meroyan,itu  hak aku,,hahahaha *lempang muka*

memang bez giler masa encik Syamsul bagi talk,,penat rahang aku gelak,,naseb baek tak terkeluar rahang aku,senget ker rahang aku,,aku nak tido pown macam tak boleh,sebab aku banyak gelak,,jadi,semestinyer ,lepas nie,aku mengalami proses awet muda,,hewhew,,,*phuih,ko awet muda???*maka,dier ader lah bagi banyak tips,tak silap aku dier bagi 8 tips,,tips yang ke lapan,kita kener ada motivasi diri,,owh,yeah,,aku nie dah cukup  malas,,it's me,,so,jangan jadi macam aku tau,,,,

law nie bukan senang tau,bak kata encik Syamsul,,betol2,,aku pown rasa macam tue,,otak aku rasa macam dah nak pecah,sebab overload baca benda yang aku susah nak paham,,aku bukan seorang yang mudah pick-up benda yang aku tak berapa minat,,,tapi,i will make sure one day,i will love law,,,after that,penceramah tue mention,susah kalau dapat isteri yang debater,,tapi,dier kawen dengan setiausaha kelab debater,,huhu,,nampak tak???orang cakap jer,susah la kalau kawin dengan orang yang banyak cakap,debater,but,ader jer yang kawin dengan orang macam tue,,

ayat tak boleh bla penceramah tue:

Bila beristerikan debater. "Apakah rasional nya saya masak lauk ni?"
hariku bertambah ceria dengan mendengar lawak2 penceramah tue *ceh,ayat nak skema*,,oi,biarlah,aku nak praktikan penggunaaan tatabahasa bm selepas hampir setahun aku tak belajar, setelah meningallkan dunai persekolahan,,:(..*poyo sementara*next,yang paling menggembirakan hari tue.aku DAPAT MAKANAN FREE!!!  bukan aku sorang yang dapat makanan free lah,semua dak asasi law dapat,,ayat aku bajet macam aku sorang jer yang dapat,,biarlah,kalau bukan aku yang nak bangga,siapa lagi yang nak buat...

aku tak copy pown ayat penceramah tue,,aku dengar jer,,*aik,macam ko terer sangat ??*,,haha,bukan terer tapi kalau mood aku sepenuhnyer di situ,aku senang ingat walaupun sikit2 aku luper,,,biasa lah manusia,,aku asyik menjawab jer,,eh,biaser lah,future lawyer,,*wink*

balik tue,aku try jawab soalan tutorial,,walaupun aku tak paham sangat,aku try buat jugak,,at least,it shows my effort

nie hasil jawapan aku yang senget:

kabur,,same feeling denga aku sekarang yang masih kabur2 dengan jawapan aku yang entah betol ker tidak


nie pown samer macam perasaan aku yang kabur

so,untuk sem 2 nie,aku berazam untuk dapat 3.5 and above kalau diizinkan.aku harap semangat kali nie akan berterusan sehingga aku abes degree,master,phd,,huhu


nie gambar masa cuti sem,,x der kejer,jadi aku cari pasir n coretkan bnda nie,,import dari ledang,johor tau!!!


gambar yang diimport khas dari ledang,johor ini untuk:

✾mahirah
✾raudhah*ko dah dapat,jadi share la h sikit tips dengan aku yer,,weeee~*
✾sam
✾faez
✾aku,,*mestilah aku kener ader kan*

hope sangat2,kami semua,asasi law,dapat continue degree in law,,,





Friday, December 14, 2012

tentang dia,,arwah yasmin j hunwick :(

assalammualaikum,,

hari nie,aku nak mencoret sedikit catatan tentang seseorang ,iaitu arwah yasmin j hunwick,,yer,tntang arwah,,aku sebenarnyer dah lama baca tentang arwah,tapi baru kali nie aku tergerak nak tulis tentang arwah,,hari nie,aku baca blog arwah yang diupdate oleh ibunya sekarang,,setiap kali,aku bacer entry dekat blog arwah,hati aku berasa sangat sedih,sebak,,air mata aku hampir mengalir sebab aku seoalah2 dapat memahami perasaan keluarga arwah yang begitu merindukan arwah,,,

walaupun aku tak kenal arwah,tapi entah kenapa aku tergerak nak baca blog arwah,,aku tak ingat macam mana aku mula2 mengetahui tentang arwah,,yang pasti,bila aku start baca blog dia,aku rasa sangat sedih,,aku tak tahu kenapa...

ini link,blog arwah

http://misschronicz.blogspot.com/

arwah menjadi ternding di twitter :


Namanya antara trending topik di twitter


arwah terlibat dalam kemalangan dengan dua rakannya yang lain,,

ini berita :






perkara yang berlaku pada hari arwah kemalangan aku dpaat dari blog ini:

http://initentangaku-initentangaku.blogspot.com/2012/09/lagenda-selepas-mahsuri.html



3 jun 2012 11am

 ketika dalam penggal ke2 cuti persekolahan , arwah yasmin ke sekolah untuk discussion bersama kawan2 karibnya dalam pukul 11 dia dan kawannya pulang ke rumah kawan rapatnya (F) Sebelum sampai ke rumah (F).kwn rapat nya tersebut merasakan sesuatu yg tak kena dgn cara arwah berjalan. (F) tanya kenapa, dia jawab tak ada apa2.  Dirumah (F) arwah nampak penat dan tidor nyenyak. Sebelum tu dia sempat lihat gambar mereka berdua dan dia pegang seperti raut gambar didinding dengan pandangan yang sayu ...
semasa menunggu aunty saz datang mengambil nya..

Manakala aunty saz ketikq tu berjumpa dgn kawan lama beliau, menyebabkan aunty saz tidak dapat mengambil arwah disekolah. arwah sering menumpang dirumah (F) jika ada tusyen atau lewat aunty ambik. sebelum aunty saz ambik arwah dirumah (F) aunty saz menemani kawan sekolah aunty saz shopping di kedai duty free di Kuah (bandar).  kawan aunty saz meminta aunty saz pilihkan untuk dia (kawan aunty saz) dia kata dia nak beli kain batik lepas 3 helai. Aunty saz pilih untuk dia dan mangatakan  '' senang kena ada batik lepas kat rumah, kot-kot ada org meninggal '' .. Waktu shopping tu dalam pukul 2-3 petang. lagi pun aunty saz janji ambik arwah dirumah (F) pukul 3 petang

3pm
selesai bertemu dgn rakan aunty saz..
aunty saz menjemput arwah di rumah (F) dan membawa dia balik kerumah terus, masa tersebut beliau melihat mata arwah dah merah macam baru lepas nangis. Tapi aunty saz tidak mahu bertanya. Bila balik ke rumah arwah terus senyap, Bibik indonesia aunty saz kata arwah minum air teguk macam org terlalu haus, bibik pun heran, arwah tak pernah buat macam tu.

Selepas dia minum air, dia terus ke bilik dan bersama laptopnya.

6.30PM

arwah ada kelas piano pukul 6.30 pm, dia pergi sendiri kereta. Arwah pass lesen kereta dah bulan May.(die excted sbb pass)''Dia kata buat sesuatu dia mesti boleh deliver''
Mungkin tuhan nak kasi dia satisfied before dia meninggal. Dia sempat bawa kereta ke sekolah bersama adiknya Muiz. Tapi Muiz kata, dia bawa kereta pun tak berasa selesa. Ya la kan, bila nak meninggal, kaki kita jadi lemah. Driving kan perlu kaki untuk bergerak

MALAM

Malam tersebut pun ibu arwah serba tak kena.. resah sahaja.. papa arwah mengemas bilik arwah, pecah gelas ditangan... bila ditegur papanya arwah terus keluar, arwah tak pernah buat mcm tu.. kata org2 tua 'AJal Dah Memanggil' 
bila arwah keluar rumah, aunty saz dah terbayang tempat yg accident tu... tempat tersebut mmg byk org accident dan tak pernah org survive..
jgn salah sangka arwah tidak baling gelas tersebut.. arwah tersinggung alat2 mekap dia sebelum dia keluar dan alat2 mekap terus jatuh berderai. Tidak tahu kenapa arwah tak nak share blik dgn Ayesha adik dia, selalunya dia ok.. tapi hari tu berlainan sikit.selama ni dia sayang adik dia..

11pm
Bila arwah keluar lari dari taman rumah aunty saz ., arwah berjumpa dgn kawannya iaitu, Arwah Nur Hazwani masa Hazwani beli burger di taman sebelah. Arwah Hazwani hubungi kawan yg ada motor bernama Arwah Nur Ainaa Apiqah. Tujuan mereka naik motor tu untuk menghantar arwah ke rumah (F) Dan tujuan mereka naik motor bertiga ialah sebab bila dah hantar arwah Yasmin, mereka balik berdua, so tak la takut sgt. Kan dah dekat pukul 12.Jalan nak kerumah (F) tu agak sunyi. mungkin ralat sikit sbb tak pakai helmet. Tapi kalau ada helmet pun, tgk cara kematian, mmg tak ada yg boleh survive

masa yg berlaku tu sekelip mata, sambil menunggu arwah pulang, masa tersebut juga aunty saz merasa yakin dia balik ke rumah.  aunty saz tertidor ketika menanti kepulangan dia. .

11.50pm

Aunty saz tiba2 tersedar terus buka mata, mata terus terpandang jam 11.50..
Dia meninggal jam 11.50.. Aunty saz merasa yakin dia meninggal masa tersebut kerna jam ditangan dia mati ketika kejadian tersebut .HP dia pecah. Ada org bagi Sim kad dia dekat aunty saz. Tapi sampai sekarang beliau tak pernah buka simkad tu kalau beliau buka, beliau mesti  cerita apa yg berlaku. Mesej apa yg ada.aunty saz tak nak buka, sebab takut aunty saz sedih,'' anak aunty saz dah takder, tak ada apa yg aunty boleh ganti ''
Masa aunty saz menerima berita xcident beliau menjerit sehingga 'lemah lutut' , tetapi beliau masih waras, cuma papa arwah terlampau ' sedih '. Aunty saz tidak pergi tgk mayat dihospital sbb aunty saz takut .takut tak kuat menerima kepergiannya..Aunty saz cuma tgu dimasjid untuk mayat dimandikan. Masa tu la aunty saz nampak dia. terakhir.Dimasjid org terlalu ramai sehingga Pak Imam kata " arwah meninggal ni yg paling ramai dan tak pernah di tengok"
Dah rezeki arwah.. semua saudara mara aunty saz datang dari selangor/kl sempat jumpa dia.. aunty saz tidak merasa ralat sgt sebab tak da siapa yg terkilan tak tengok mayat arwah.


okey,ini pulak titipan dari ibu arwah:
 http://nurizspace.com/2012/06/titipan-ucapan-khas-dari-ibu-arwah-yasmin-j-hunwick.html



Titipan ucapan dari Puan Sazlina
DARI DAIRI IBU ARWAH YASMIN JOHAN @ YASMIN J HUNWICK
Assalamualaikum wbt,
Hari ini, sudah 14 hari arwah Yasmin Johan @ Yasmin J Hunwick meninggalkan kita. Anak sulung kami dari 4 beradik telah pergi dgn cara yang cukup tragis sehingga pada mulanya sukar untuk kami menerima kenyataan. Tapi itu ketentuan Ilahi tak ada siapa yg dapat menahan.
‘Setiap orang mempunyai ketentuan ajal masing-masing. Apabila kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu akan datang, tidak berganjak, terdahulu atau terkemudian. Itulah ketentuan dari Allah yang tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah mahukan agar setiap hamba-Nya redha dengan qada’ dan qadar ketentuan Allah’.
Melalui @’Nuriz Ibrahim’ (Nurizspace.com) saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua pihak dari pagi arwah menyambut panggilan ilahi, dikebumi hingga ke majlis tahlil yg diadakan di Langkawi dan Semenyih. Terima kasih kami kepada pihak polis Langkawi, Bomba dan pihak Hospital yg menjalankan kerja dengan pantas, juga Pengarah Hospital Langkawi Dr. Selahuddin yg sudi menziarahi kami sekeluarga, Tok Imam Masjid Aishah Sg Menghulu, kunjungan sanak saudara dan ramai rakan2 diperkarangan masjid (sehingga ada yg kami tidak kenali) kawan arwah dari Shah Alam yg bergegas ke Langkawi dengan menaiki motor, Jiran-jiran, pihak media, kawan2 sekerja saya, sekerja Johan, kawan2 arwah dari setiap sekolah di Langkawi, cikgu-cikgu akademik dari sekolah tadika hingga ke sekolah menengah, Cikgu Catur (FCU Family), Cikgu Piano, Cikgu arithmatic, cikgu tusyennya di sekitar Taman diLangkawi.
Juga kepada pengusaha feri (penjual tiket/kaunter) di Kuala Kedah dan Kuala Perlis kerana memberi keutamaan kepada sanak2 saudara saya yg datang dari KL/Selangor, Kedah/Perlis dan juga kepada kepada ramai kawan arwah yang datang dari sekitar Tanah Besar.
Pada hari pertama dan kedua , kami tidak menyedari yg twitters dan bloggers sedang menceritakan mengenai arwah sehingga saya diberitahu oleh adik saya, Nurul Huda Shahriman Shah. Ucapan t.kasih juga buat semua para-para fb, twitters, myspace, bloggers (saya ada membalas komen kepada setengah bloggers dan ada juga saya tidak sempat untuk membalas) yang tak putus2 mendoakan kesejahteraan roh anak saya di sana. Sehingga ke hari ini pun saya masih menerima ucapan takziah dari para twitter dan fb.
Juga setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih kami kepada para-para VIP, YB Dato’ Paduka Abu Bakar Bin Taib (Ahli Parlimen Langkawi), YB Dato Ir. Hj Nawawi Bin Hj. Ahmad (ADUN Kuah ), En Zubir Bin Ahmad (wakil PAS) yg datang menziarahi kami. En. Nor Saidi Bin Nanyan (Ketua Pemuda UMNO Langkawi) yang datang bersama wartawan NST/BH. Juga kepada YB Dato Seri Anwar Bin Ibrahim (Ketua Pembangkang – PKR) yang sudi menghadirkan diri ke Majlis Tahlil di Semenyih.
(Kami memohon maaf sekiranya kami tidak menyenaraikan nama2 yg terlibat secara langsung atau secara tidak langsung).
Disamping itu juga ucapan takziah yang kami terima melalui telefon/sms dari sanak-saudara dan rakan-rakan dari seluruh Malaysia dan luar negara.
Yang saya tak akan lupakan ialah kepada Pn Zira (wargakerja Pasaraya Ekonomi Taman Langkawi) yg bergegas ke tempat kejadian setelah mendengar satu dentuman yg kuat (tempat kejadian hanya 50-100 meter sahaja dari Pasaraya tersebut) Saya amat terhutang budi kepada Pn. Zira kepada melafazkan ucapan dua kalimah syahadat kepada arwah, beliau memangku arwah dalam keadaan masih bernyawa dan mengajar arwah mengucap, setelah habis 3 kali Pn Zira lafazkan syahadah, mulut arwah masih terkumat-kumit sehinggalah hembusan arwah yg ketiga adalah hembusan terakhir. Dan beliau terus meninggal kita. Menurutnya, arwah pergi dengan keadaan yg cukup tenang seperti tiada kesakitan. Ini lah saat yang menenangkan kami serta berasa amat bersyukur kerana anak kami meninggal sambil menyebut kalimah Allah. Itu terlalu besar dan bermakna buat kami. Menurut Pn. Zira, kepalanya tidak pecah seperti didakwa oleh setengah pihak cuma darah banyak keluar dari kepalanya. Nauzubilllah.. sakit anaknya kami…:’(
Menurut ramai kawan2 di sosial media, ramai yg mengambil ikhtibar selepas kematian arwah. Segala kebaikan dari arwah dgn izin Allah jadikan ia sebagai teladan. Semoga kami sekeluarga tidak digolongkan sebagai orang yg riak dalam menjaga anak saya terutama arwah yg merupakan anak sulung saya. Saya sering beritahu dan nasihatkan arwah untuk hidup secara sederhana, bahagikan diri untuk dunia dan jangan lupa bekalan untuk akhirat. Sejak kecil lagi beliau suka mengaji, melukis dan meminati pelajaran Agama Islam. Saya masih teringat semasa arwah Tahun 1, diwaktu saya mengambilnya pulang dari sekolah, beliau berlari2 mendapatkan saya sambil membawa beg yg berat dgn tangannya memegang Kertas ujian Agama Islam, arwah berkata sambil teruja ‘Mama, Agama (Pendidikan Islam) Yasmin dapat 100.’ Saya terus mencium arwah sambil membawa adik2 nya, Muiz 5 tahun dan Zharif 3 tahun (umur masa itu) sama-sama masuk ke dalam kereta. Itu adalah kertas peperiksaan pertama yang ditunjukkan kepada saya. Sebagai ganjaran saya berkata nak apa sebab dapat markah yg perfect, arwah terus berkata nak makan Mekdi (McD). Itu lah kenangan yg paling saya tak kan lupa kan.
Ada juga yg membaca diari bloggers dan twitter bertanya dimana hendak mendapatkan buku yg di postkan oleh arwah di Instagram 3 minggu sebelum beliau meninggal yang bertajuk ‘BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DIALAM KUBUR, Persiapan Menuju Alam Barzakh’. Jika ada sesiapa yg berminat silalah PM saya di fb atau pun boleh reply melalui blog Nuriz. Saya akan beritahu detail mengenai penulis buku itu. Atau pun anda boleh dapatkannya di kedai buku ‘Popular’ diseluruh negara dimana Arwah telah pergi membelinya di‘Popular’ Alor Setar.
Di laman fb ni juga saya menerima ramai rakan fb baru yg pernah bertwitter dan bloggers semasa arwah masih ada. Tujuan semua adalah untuk menyalurkan ucapan2 takziah. T.Kasih byk2 kami ucapkan.
Hanya Allah dapat membalas budi baik saudara-saudari, dan berharap iringin doa kalian tidak akan putus sekiranya teringatkan Arwah Yasmin J Hunwick. InsyaAllah.
Salam Hormat
BIODATA
1999 – Tadika PerpaduanTaman Desa Permata, Kuah Langkawi
2001 – Tadika KEMAS Padang Putih, Temoyong, Langkawi
*****
2002-03 – SK Seri Negeri, Kuah Langkawi
2004 – SK Kelibang, Kuah Langkawi
2005-07 – SK Sg Menghulu, Kuah Langkawi
*****
2008 – Maktab Mahmud Langkawi
2009 – 10 – SMK Kelibang , Kuah Langkawi
2011 – 12 – SMK Mahsuri, Kuah Langkawi
Kembali ke Rahmatullah pada 03 Jun 2012.
04hb Jun 2012 jam 2.00 pm – Disemadikan di perkarangan perkuburan Islam Masjid Aisyah, Sg Menghulu, Kuah Langkawi.



samer2 lah jadikan teladan dalam hidup kita,,aja datang tak kira umur ,,dan ajal tak kan lambat atau cepat walaupun sesaat,,kita yang masih hidup,haruslah segera bertaubat :)

al-fatihah kepada arwah

Wednesday, November 21, 2012

awkwarkd!!

bila ada orang tikam dari belakang,mesti korang akan AWWARKD dengan orang tue bila jumpa,,kenapa??sebab rasa janggal,rasa dierowang macam orang asing dalam hidup korang,,korang akan diasak2 pertanyaan:
 :(kenapa dia tikam aku???
:(kenapa dia sanggup buat macam tue???
:(apa salah aku dekat dia??
:(kenapa dia tak pernah hargai hubungan kekeluargaan,persahabatan??
:(kenapa dia macam tue??
:(perlukah aku buat baik dengan dia???

kalau hati bususk macam bangkai,ke mana anda pergi,pasti ada orang menghidunyer,,jadi,jangan anda bersikap busuk hati dengan orang lain,jealous itu biasa,tapi jangan sampai anda membuat orang itu sakit hati+bnda yg x baik dengan dia,,sebab semua itu bukan salah dia,itu cuma rezeki yang diberi oleh Allah,,,kenapa perlu sakitkan hati orang lain??kenapa mesti nak jatuhkan maruah dia??kenapa perlu fitanh dan jaja cerita yang bukan realiti kepada orang lain??? ...aku rasa kalau ada orang yang macam nie,lebih baik dia pergi di hantar ke GAZA sana,biar timbul keinsafan sikit,,biar dia tahu,kenapa perlu buat macam tue??hubungan kekeluargaan lebih penting ...

kenapa mesti korang tak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dekat korang??kenapa mesti na buat DAJAL,bak kata orang,perangai macam haram dekat orang lain??cuba korang letak diri korang dalam kondusi diri mereka,apa yang korang rasa??tertekan,hina??kalau Allah dah bagi petunjuk,kenapa korang masih tak insaf lagi??contoh petunjuk yang mungkin Allah bagi supaya korang sedar :

korang bermimpi binatang2 berbisa keliling diri korang,,dan anda rasa sungguh terseksa dengan keadaan itu

as a conclusionnyer,janganlah bersikap kejam dengan orang lain

Tuesday, October 30, 2012

RUNNING MAN

alright,,sekarang aku baru berjinak2 dengan "RUNNING MAN",,okey,aku memang lambat,,sukaty la,,,aku suka commander jong kook,,,sebab dia sangat cepat untuk detect trap di sebalik setiap mission,,sepanjang aku cuti sem nie,aku layan running man jer,,on9 pown,aku update status sikit2 jer,,sebab syok sangat tengok running man

okey,then,aku baru start tengok runningman dari epidode 40,and now baru episode 80...wow,sangat gilakan aku???yer,aku memang sangat gilakan k-pop,drama korea,n all about korea,,aku suka landscape mereka,,bila aku tengok running man,aku kagum tengok tempat2 di sekitar korea,,environment hijau masih terjaga lagi,,,landscape yang cantik,,sungguh memukau,,itulah ciptaan tuhan:)

let's go to running man now!!

Monday, October 22, 2012

CINTA,CINTA dan CINTA

assalammualaikum...

hye hye awak2 kat luar sana ,,,lurve u all so mch,,
alright,tiba2 otak aku ligat mencurah idea tentang cinta dan tanganku dengan pantas menaip dan terus menaip tentang CINTA..


aku rasa cinta itu subjektif,,setiap orang ada definisi sendiri tentang cinta,,mereka ada their own story about love,,mereka ada pengalaman yang berbeza tentang cinta,maka ada beribu2 definisi cinta,,cinta itu suatu perasaan sayang kepada seseorang yang disalurkan kepada jalan yang baik dan berteraskan syariat,,,cinta itu lumrah,namun yang menjadi perbezaannya,bagaimana seseorang handle perasaan cinta dalam diri mereka.,,bagi aku,aku ada banyak perspektif tentang cinta




definisi pertama:
cinta itu adalah anugerah yang perlu dijaga dengan sepenuh hati,,,disayangi dan menyayangi,,saling tidak menyakiti antara satu sama lain,,,ujian itu suatu perkara yang akan ditempuh bersama2 untuk mematangkan perhubungan tersebut..aku percaya,dalam setiap perhubungan,pasti ada badai yang melanda,ia adalah perkara yang akan berlaku,cuma masa yang menentukannya.kadang kala,ujian itu sunggh berat untuk diterima,tapi akibat " the power of love between two people",mereka mampu untuk mengatasinya,,dan menjadikan mereka saling menghargai antara satu sama lain





definisi kedua:
orang kata cinta dalam diam untuk suatu yang kadang2 perlu dalam hidup,,mendoakan agar pujaan ati bahagia bersama orang yang mereka sayangi,mungkin,aku percaya orang sebegini mempunyai perasaan yang amat mendalam terhadap pujaan hatinya sehingga sanggup mengorbankan perasaanya,,tapi,hakikatnya,penantian itu suatu yang amat sakit,perit,rindu apabila sering menanti pujaan hati memandang ke arahnya,,namun,ada juga sebahagian case ,,orang yang menunggu dengan setia ini dapat meraih cinta daripada pujaan hatinya di akhir story cintanya,,kesimpulan yang aku boleh buat,penantian itu boleh jadi perit,disemarakkan dengan perasaan rindu  sementara ia juga boleh menjadi sesuatu yang manis apabila diungkap dan disingkap kembali apabila dapat meraih cinta pujaan hatinya,,percayalah,tuhan akan memberi ganjaran yang leboh baik kepada orang yang menanti dengan setia dengan dua keadaan;
1.diberi peluang untuk meraih cinta pujaan hatinya di akhir penantian cintanya
2,tuhan memberi orang yang lebih baik daripada si pujaan hatinya dan mampu mengisi seluruh cinta di hatinya.


definisi ketiga:
"single" itu fun ,,,,i'm sue korang pernah dengar,orang kata,single itu cuma words jer..mereka yang bertahan untuk terus single,sebenarnya cinta mereka itu mahal.mereka akan berikan cinta mreka kepada orang yang benar2 ikhlas menerima mereka seadanya,,bukan dari luaran semata2,,,yes,aku akui zaman sekarang,sangat susah untk mencari pasangan yang menerima seadanya dan pasangan yang dipercayainya,,kebanyakan spesies yang dijumpai ialah mereka yang menganggap perasaan cinta itu hanya untuk seronok,berparti,tanpa mereka meyedari cinta itu adalah perasaan manusia,seklai rasa itudisakiti,sangat susah untuk disembuh dan dirawat luka2 yang terbentuk..jadi,mereka yang bertahan single nie sebenarnya mencari cinta yang sejati,,cinta yang boleh membawa mereka ke arah yang lebih baik,,mereka nampak jer macam ignore benda yang romantik,sweet,tapi aku percaya,jika mereka dah jumpai orang yang benar2,mereka akan jadi seorang yang sangat caring,loving,romantik dan sweet:)


love story?????------->sesuatu yang menarik untuk diulas:)
aku percaya setiap orang ada cerita mereka sendiri,,sama ada pahit atau manis,,tapi,,we can manage it to be a sweet story,,,yes,because,we are the actor/actres/editor/script writer....we can wite/draw our own story of love with our experience

Saturday, October 20, 2012

SEM 1,,kenali mereka,,hehe

assalammualaikum...

tamat sudah sem 1 kan,,alright,aku a,bil kesempatan untuk kenalkan kawan2 aku yang rapat dengan aku,,aku share masalah dengan mereka ..aku bergembira dengan mereka,,mereka yang banyak mengajar dan memberi nasihat dekat aku,,tanpa mereka,aku tak tahu macam mana nak hidup kat uitm shah alam ni

jeng2,,,,,jeng,,hehe

1.RAUDHAH


okey,dia nie memang segeng dengan aku,,otak2 gila,,selalu cakap aku tak matang:(..hahaha,,tapi,i don't care....dia pandai debate,,takut aku nak pandang dia kalau tengah debate,,hehe:P

2.SAM


ha,dia yang paling depan dan muka paling ceria tu lah,,dia nie pown okey,,gila2 dan kelakar,,,hehe:)


3.MAHIRAH


dia yang sebelah kiri,,okey,selalu jadi mangsa dengar luahan aku,,haha,sangat suka study rasanyer,,hehe:P

4,FAIZI



alright,dia pun,aku selalu share problem dengan dia,,pandangan dia boleh membantu,,dan dia selalu menganjing aku kalau dia dapat tahu scandal aku siapa,,hahah,,but,aku x kesah pown,,,:Pit;s so funny,,hahaha

5,QIELA


dia sama dengan aku..MRSM generation,,haha,dia pun sangat okey,,kalau aku ada masalah tentang law038,aku tanya dia

6.AZIDAH


hehe,,dia ni pemalu sikit,,tapi,sangat suka study:)


7.MIMIE


dia nie agak garang,tapi dia baik,,kalau kejr,sangat teliti,,,


8.NANI


nani,yang berdiri sebelah qiela,,x tau cam ner nak dapatkan gambar dia sorang,,hehe,,dia pown okey,suka study,n suka tanya dia kalau ada apa2 masalah berkaitan pelajaran


9.AMMERA


dia yang pakai baju t-shirt putih,,dia panggil aku "chingu",,haha,,dia pun otak gila2,,,

number tak bermaksud apa2 pun,,korang semua sama sahaja dekat dalam ingatanku dan akan terus diingati,,gud luck,semoga kita sama2 dapat mencapai impian masing2 dan keputusan yang cemerlang:)

Friday, August 24, 2012

YA ALLAH,TABAHKANLAH HATI RAUDHAH



assalammualaikum w.b.t

malam tadi,aku menerima mesej daripada raudhah.dia mengalami car crash..mak dia tahap kritikal n dier dapat minor injury..saat itu,aku sungguh terkejut...sungguh hebat dugaan raudhah..aku berdoa agar family dia baik2 sajer dan berdoa agar mak dia cepat sembuh....



raudhah,tabahkan lah hatimu....semoga ujian ini mencekalkan hatimu untuk menghadapi yang mendatang....



p/s:sama2lah kita mendoakan agar mak raudhah cepat sembuh dan sihat walafiat....

Wednesday, August 22, 2012

kenapa dengan LAW?????

assalammualaikum....memang dah lama sangat aku x update..buzy sangat2 dengan rayer..hepy sangat sebab aku maseh layak dapat duet rayer..korang pulak cam ner???he3..tapy agak penat lah melayan tetamu yang tak putus2 kunjung ke rumah...

KENAPA DENGAN LAW???ader lah seorang tu bertanyer tentang perkembangan aku sekarang..wah,cam artis gitu(^,*)...tapy yang menyentapkan aku sedikit ialah:

si A:sekarang kat shah alam ea???
aku:yer,memang skunk kat s.alam
si A:amek course aper???
aku:amek course law..
si A:eh,minat ker dengan law(dengan memek muka yang seakan2 mengajing aku)
aku:.........

kenapa semua orang pandang rendah pada law yer???aku tahulah aku x pandai cam orang lain...tapy,kawan2 aku semua yang amek law semua pandai2 belaka..maybe kiterowang not perfect in a few subject science but everyone has his/her talented..everyone not same like others..they are unique

aku tahulah si A tu agak terkejut maybe sebab aku amek law..yer,memang aku dulu sekolah mrsm,tapy x semestinyer aku minat ke arah sains...result x lah teruk sangat..cumer 2B drpd 10 subjek,,,,so,memang layak lah aku amek law...so what???setiap pekerjaan itu ada benefit and function kat dunia nier...kalau semua orang amek course yang samer,abes tu siapa yang nak jd lawyer,polis,bomba n so on..kalau semua orang tertumpu nak jd doktor,engineering n then siapa yang nak mentadbir ???itulah hukum keseimbangan alam....yer,aku akui siapa yang jd doktor,engineer,akan dipandang tinggi tapi sori itu bukan bidang yang aku minat....aku juga mengaku pada mulanyer aku pown cam x percayer aku amek law..asalnyer,aku aliran sains tulen tetiber2 tukar jd aliran sastera..first,memamng agak sukar untuk aku sesuaikan diri-tapy insya-Allah lamer2 aku akan biaser..

p/s: kadang kala Allah hilangkan mentari..kemudian Dia datangkan guruh...puas kita menangis...mencari mentari kita...rupa-rupanya Allah nak menghadiahkan kita pelangi ynag indah..sabarlah duhai insan..ada kemanisan di sebalik kepahitan

Wednesday, August 15, 2012

HARi BEl260ku....

assalammualaikum w.b.t dekat semua....

hari nie,sepatutnyer aku ada test speaking untuk bel260...namun,sebenarnyer ia cuma practise jer...ceritanyer begini..malam sebelumnyer,aku memang ada masalah dengan tidur...aku sibuk mencari bahan+main games+problem...lalu aku tidur lewat pada malam itu...suddenly,aku terjaga dari tidur dan melihat jam aku..aku ingatkan aku sedang berada di rumahku,almaklumlah pada hari ini,aku memang akan pulang ke rumah..tetiber,:eh,aku kan sekarang kat hostel..oh!no!class bel260!!!"..aku berlari2+bergegas untuk pergi bilik air n bersiap2...aku pown turun ke bawah dan aku melihat semua orang x der...owh..baru aku sedar rupanya jam aku salah timing..jam aku memang dah sewel sikit sebab bateri dah nak habis,,rupa2nyer jam aku terlewat....plus,phone aku habis bateri...

ku lihat dari jauh,bas ada tapi pintu bas tak terbukak...dengan jiwa yang merintih dan hati yang terpaksa,aku gagahkan diri untuk berjalan kaki menuju ke kelas bel260..fuh,memang penat,tak dapat digambarkan macam mana aku penat..aku telah terlewat setengah jam ...aku bukak jer pintu kelas bel260,classmates aku semua beri tepukan gemuruh dekat aku.,malu giler aku masa tu,tapi aku tersengih jer sebab nak cover malu...sesampai aku dekat group aku,tetiber mama cakap:hari nie bukan test,cuma practise jer"...aku tercengang+terkedu..kalau aku tahu,memang aku akan skip lah kelas sebab malu weyh datang lambat,,,ataupun,aku buat lain kali practise tu.....

dengan peluh yang memercik+penat+tercungap2.otak aku blank dr idea+memang aku sangat nervous kalau buat presentation kat depan orang ramai...dah lah aku group yang ketiga...
#credit to abir,sebab tolong aku cari content apa yang perlu aku cakap...group aku:abiR,naziRah.Iman...memang teruk lah perfomance aku tadi...aku tak huraikan sangat point aku tapi aku asyik menghentam orang..sebab aku terkejut +kaget bila iman n abir attack aku..haha,n then aku attack dierowang balik,,,,he3..sowie korang..sebab aku tak tahu nak cakap apa ....

aku balik...aku terus jer charge phone aku..banyak giler missed call dari raudhah n mesej dari raudhah...kecian kat raudhah,mahirah n sam sebab tunggu aku lamer be4 dierowg meninggalkan aku sebab aku lewat sangat..it's okay,,,n ada mesej lawak dari raudhah...yang memberi semangat sebab ada nama......hahha:)good raudhah...to mahirah,,good lah sebab selalu tunggu,thanx la sebab ada orang beri tepukan gemuruh+kata2 semangat walaupun memang susah giler aku nak cooperates nagn group mula2 sebab otak blank...... n to sam,thanx alot gak sebab jd frenz aku..
memang terbaiklah hari nie...

p/s:jangan lah tidurlah lewat..aku tidur lewat pown ada sebab tersendiri yang tak boleh diberitahu..kalau korang tidur lambat,korang akan terima naseb yang sama macam aku....gud luck to u all:)

Friday, August 3, 2012

MEMANJANG TEST JER:(

eh.eh.eh....stop...singgah la kt blog aku...
assalammmualaikum w.b.t kat awak2 semua ea..

first of all,pagi tadi,baru aq dpt clearkan otak aku dari angan2...rupa2nyer berlambak test aku start minggu depan..test LAW 012,LAW038,BEL 260,CTU085...minggu depan kner hantar assingment BEL 313...adoiyai...banyaknyer..itu x sure group aku sempat ker x nak buat presentation untuk LAW012...aku sangat2 gerun+gementar nak jawab test semua bagai nier...sebab aku belum timbul "feeL" nak baca semua tajuk dalam test nie...lagi pun,tahap confident aku masih di zon 1..belum mantap lagi....



alahai,hari tu punyer test,LAW 016 n CSC134 pown aku terkial2 nak hafal..paling aku suka test CSC 134 sebab aku suka subjek tu..menarik sangat2,,,tapi biler dengar lecturer kata ramai yang x score,aku cuak la pulak,,ntah2 orang tu aku yang dia maksudkan..tapi,aku dah berusaha so tawakal jer la..paling aku gagap+terketar2 nak jawab,LAW016..aku jawab soalan pasal malayan union tapi aku x sure jawapan aku valid ke tak dengan citarasa lecturer..harap2 se"jodoh" jawapan aku dengn jawapan dia..he3,,,,

Sejujurnya,dalam banyak2 kelas yang aku datang,paling semangat sekali ialah pada waktu lab CSC 134..sebab aku boleh maen computer n edit something...


aku memang gilakan komputer...semua benda pasal komputer aku nak explore...tapi,aku still utamakan pelajaran la...walaupun setiap kali lecture CSC 134 aku selalu tidur tapi after that,aku akan belajar bersungguh untuk test n lab..time lab,aku fokus sebab aku nak appliedkan apa yang aku belajar waktu balik ke hostel nanti...kadang2 aku rasa,aku nie amek Law ker sains komputer???aku confused...ahahha:)sebab benda nie jer yang aku boleh buat..aku tak mampu nak menghafal semua akta n paham ayat2 law yang berbelit2....otak aku tak dapat interpret n analysis apa yang cuba disampaikan n apa pentingnyer bak kata introduction to critical thinking..he3..

p/s:belajar apa yang korang minat, bukan atas paksaan diri... one day,it will hurt you ...it will make you cry and feel alone..thin before you do something inyour life because it will change your future difinetly...and that time,you cannot to turn to the past..BUT,some people forget about something..We can change our future by how you express it in your life,,how you create it and use it ..how matter that come to you,you must face it ..You can do it with your spirit to change the whole thing in your life...ignore all the negative perspection by the people and prove to them ,you can make their eyes shining towars you:)

Sunday, July 29, 2012

TESt LAw 016...




hari ini.aku ada test law 016..i'm dying now..memang lah aku dah baca tapi aku blank..sebab aku memang menggelabah and maybe kurang prepare kowt,,,what u give,u get back...terima jer la kalau result memang teruk...aku dah berusaha tapi usaha aku masih belum mencukupi untuk aku mendapat result yang gempak...

mula2 aku bukak kertas soalan,aku nampak 2 solan .1st psl the features of MU and why it dissolved..n 2nd tentang compare and contrast between parliamentary system and presidential system...aku tekankan baca dekat 2nd question tapi tiba2 aku blank pasal the contrast between both system..lalu,aku menjawab saoalan yang 1st..dengan hati yang tidak tenang,aku menjawab..hati memang tak keruan..berdup..dap..dup..dap sahaja..getaran kian memuncak..cewah,ayat x leh bla...

nie la rupa aku


terasa macam aku kini masih form 5 bila aku menjawab soalan 1st ...yang lainnya,aku cuma jawab dalam english,,,,banyak term yang aku lupa...aper la naseb...
aku jawab n tiba2 aku blank,,,aku melihat panaroma orang2 sekeliling,,,semua tengah khusyuk menjawab dengan muka yang sangat confident...aku mulai rasai takut...aku berusaha memeras otak untuk melahirkan ilham..oh,please,brain...

tapi aku nak nasihatkan korang yang lain..janganlah ada yang balik dari test,hempaskan kepala atau what so ever...ambil ini sebagai pengajaran and do much better for the next test and final examination...

don't be like this ea...



Saturday, July 21, 2012

Hanya Aku Cinta Kau Seorang....,

1st ,nk ucapakn SElamat menjalani Bulan RamadHan...alhamdulillah,dapat berbuka puasa dengan family...berselera,sedap semuanyer...tiga trip aku makan.....

Aku baru jer mengkhatamkan movie hanya aku cinta kau seorang..dari movie ni,aku belajar cinta tidak semestinya untuk dimiliki..Kita perlu menepati janji yang dilafazkan walaupun itu akan menyeksakan perasaaan kita..Mukhlis bersusah payah mencari mR.Right untuk murni kerana dia telah berjanji walaupun sebenarnya dia mencintai murni..Murni pernah memandang ke arahnya namun ats sebab salah faham akhirnya murni berpaling kepada ayim...sayangnya...Pengorbanan melihat orang yang disayangi bahagia di samping orang yang mereka cintai,,,,sakit kan rasa itu.,

Untungnya siapa yang dapat mukhlis..dia sanngup mendermakan sekeping hati dia untuk ayim agar dia boleh melihat murni bahagia...so sweet tapi kalau aku berada di tempat murni,aku rasa sedih sangat....dah la mukhlis hensem..he3...Mukhlis la teman rapat susah senang murni...

Kan bez kalau aku dapat jumpa lelaki macam mukhlis,,yang ada hati yang luhur dan cinta sejati...



bait-bait kata mukhlis ,aku suka sangat2....
."Cinta Platonik tu satu perhubungan lebih dari sekadar kawan di antara sepasang lelaki dan perempuan. Tapi tiada unsur tarikan seksual atau pun fizikal..." ~Mukhlis~

Mukhlis: Nget, pejam mata.
Murni : Kenapa?
Mukhlis: Pejam la mata.
Murni : Cepat laa,gelap.
Mukhlis: Macam tu la aku tanpa kau..

"Bila kau sayang seseorang kau akan biarkan dia memilih dan terima apa jua pilihan dia, tapi bila kau cinta atau suka seseorang kau akan selalu menunggunya dengan setia dan tulus." ~Mukhlis~

"Aku mencintainya dengan sederhana seperti kata kayu kepada api yang menjadikannya abu." ~Mukhlis~

"Aku ingin mencintainya dengan sederhana." ~Mukhlis~

"Percintaan tu tugu kasih sayang yang kukuh, kolam persahabatan yang teguh, gunung setiakawan yang utuh, sungai kebahagiaan yang teduh, bersama susuri arus gelombang semua tu kena luahkan.." ~Ayim~

"Hari ini aku sedar bahawa janji itu jugalah cuma sebahagian daripada kata-kata.. dapat dirubah, boleh juga untuk dilupakan... Memberi janji mungkin mudah untuk melupakan tapi menerima janji... sampai mati diingati. Ada waktunya, janji juga menjerut hati sendiri... semata-mata untuk kegembiraan orang yang kita cintai..." ~Mukhlis~

"Lelaki gunakan istilah berkawan sebagai pembuka kepada setiap hubungan yang lebih serius, tapi perempuan gunakan istilah bekawan untuk memutuskan sesuatu ikatan......" ~Mukhlis~

"Permulaan cinta, kita biarkan orang yang kita cinta jadi diri dia sendiri. Kita tak perlu ubah apa-apa pun. Kalau tak, nampak macam kita pentingkan diri..." ~Mukhlis~


"Sesungguhnya kita tak pernah jauh..." ~Murni~

I lurve Mukhlis....

Saturday, February 11, 2012

BBq BErSmer KWn2 AQ




TErBaek!!!!


muler2,aku penoh semangat g ke bank untok wt sspn..kawan2 dh buat ker???lepas 2,aku melencong kat Sakan Sdn.Bhd...huhuhu...aku nak lawat kawan2 aku yang aku rindu giler....ader Najaa,kak kas,kak ina,meah,faiz,bos n dua owg kawan baru aku...awesome giler....teraser cam dah lamer aq berenty kejer padahal baru lagy kowt...hahahah....tapy pyan cutey....x per malam nanty aku dapat jumper dier....hahahah..sowie la kat pian coz aku selalu wat dier sakit haty dengan loyar buruk aq n kawan2 sumer...hahahah..memang
perangai aku cam poyo+budak2 tapy aq dh matured la skunk....:)

semalam kan aq ader wat bbq dengan kawan2 aq..kawan2 sekerja aku yang dulu...seriously,aq rindu giler kat dierowg sumer....makan+gElak Tawa..sumernyer aq rindu giler....tapy skunk aq dh dapat kerja baru..mak aih,sumernyer senior tu....cam ner la aku nak sesuaikan diri nier...hope dapat la aku sesuaikan diri dengan persekitaran baru...

muler2 aq hampir terlupa la jgk....iyolah khusyuk melihat citer DINGIN LAVENDER...tiber2,aq dapat panggilan dari Pyan...hahahha..baru aq teringat aq ader bbQ ngan Kawan2 aq terCYunk...hahah..sowier kawan2....aq pown bergegas la datang....


aku datang..timbul rasa kecian kt Pyan coz dier sedang berusaha untok idupkn apy..OMg!!!aku dh la datang lambat...sumer kawan aq menyaper aq....orang 1st tegor aq mestey la pyan then faiz...selain dierowg,najaa,kak ini,kak kas,meah dan echa..kiterowg sumer sebayerr except kak kas........dierowang sumer sporting giler+baek...hahahah


bez la dengan korang....makan ayam+kentang+hotdog+buah oren+minum air Laici...
kenyang sangat..aku tolong kipaskan jer n then makan.nyummmmmmmm
....bab makan la aku suker...hahahah.. lebey kurang dalam pukol 12 lah bbq 2 cyiap....macam gi picnic aku raser...angin pulak kuat pulak 2.kak kas,meah,echa n kak ina tunggu aku campai la mak aku datang...i'm de last person...thanx untok mereka ini coz tunggu..lepas nier,aku kejer kat tempat laen...x der maser sangt nak lawat korang...he3....tapy korang kan ader kawan baru,so jangan2 rindu2 aq tau...hahahah..prasan la aq nier..tapy biar la skali sekala kan.....

aku belajar banyak bender biler aku kejer dengan dierowg....klakar ader la jugak...malam tady,aq luper pulak bawak kamera..so x leh aq uploadkan gmbar kat cini yer....lepas nier,kiter masing2 sambung belajar nanty x jumper lagy....hope lepas nier bole jumper lagy yer....:)

walaupun aku x kejer lagy tapy aq cyunk korang sumer.....doakan aku kejer2 baek kan tempat baru coz aku nier dh x der mood nk kejer lagy nier...hahahahah..so doakan aku berjayer ....nanty aku amek gambar pakai baju SAKAN...hahahah....dah lamer x pakai------->lmer sangat ker????hahahahah....x der kejerkan aku nier...

lepaskan gian dengan memakai baju SAKAN....huhuhu...tempat 1st aku kejer...

SAKAN:
-1st tempat kejer aq
-tempat 1st aku jager department yang "Hot"..hahahah
-tempat 1st aku dapat kawan selain pontian selepas terlepas dr jadi banduan...hahaha