Mungkin kita terlalu bahagia dengan sesuatu hingga terleka,lalu Allah uji kita agar kita tersedar. Mana mungkin perjalanan hidup seindah drama .

Monday, December 17, 2012

law087 again and i think i understand what i've learnt today

assalammualaikum w.b.t

hari nie,aku ader lecture kelas law087,,malam semalam,aku dah study sikit2 tajuk yang bakal diajar lecturer hari nie,,so,aku masuk kelas,aku cuma perlu pahamkan apa yang aku tak paham,,alhamdulillah,aku lebih paham dengan buat macam tue,,syukur sangat2...memang mula2 agak susah,tapi lamer2,aku paham la jugak,,tapi,still ader confused sebab type if defence tue semuanyer lebih kurang samer jer,,,tapi,kalau kita berusaha,tak mustahil one day,kita boleh memahami nyer jugak

then,kiterowang continue dengan bel 342,oatak aku sakit pikir current issue ,,aku jarang bacer newspaper,,*eh,bukan jarang,memang susah susah susah susah giler nampak aku baca newspaper*,,sebab aku tak suka bacer newspaper sebab banyak benda yang aku baca kadang2 tak bersependapat dengan aku,,hahhaa




law087!!!done,,bel 324 also done..

assalammualaikum w.b.t

alright,hari nie,aku dah abe sstudy law 087,,,aku nak buat preparation for the next lecture ary isnin nie,,aku takowt aku kener explain and give an example based on the type of defence,,alah,biaser lah,aku nie memang jenis yang gugup bila bercakap kat depan orang ramai,,raser macam semua orang nak makan aku biler aku bercakap depan orang ramai



walaupun aku tak berapa nak paham sangat some type of defence,sekurang2 nyer aku dah baca,,esok,time lecture,tinggal aku dengar apa yang lecturer expalin and pahamkan,,tapi,don;t expect aku nie pandai giler nak explain dan paham semuanyer,,aku mula tak paham bila type of defence yang akhir2,,dan paling aku tak paham,aku x sure tue type of defence or not,aim of sentencing,,i think,it's not..

dan ,miracle,lepas kakak sedare aku bagi contoh situation necessity,aku dapat paham necessity,,mistake ,accident tue,aku dah boleh paham la sikit2...

after that,aku continue dengan cari tajuk bel 342,,general topic,,act,aku cari 5 tajuk sebab aku takut one of them tak relevant dengan kehendak lecturer aku,,tajuk yang aku nak pilih sangat2 ,KOREAN WAVE,,,,hahahha,otak aku  memang macma nie,,bersemangat aku nak buat assingment kalau tajuk aku diterima oleh lecturer,,



so far,my life agak tunggang langgang,,hidupn tak ketentuan sebab aku masih belum nak senang pick-up dengan apa yang aku beljar,,aku terharu giler kowt dengan ayat diba aziz yang bagi semangat dekat aku supaya jangan give up dengan law,dia percaya aku boleh buat and survive in law,,dan tak luper jugak dengan kawan satu lecture dengan aku,faez yang ada jugak bagi semangat untuk aku untuk belajar law nie,,hope aku boleh survive in law...


Sunday, December 16, 2012

azam baru!!!!!!weeeeee~~~~~

assalammualaikum...

setelah aku mengikuti program pagi sabtu,aper namer dier,aku dah luper*aku memang seorang yang peluper*,aku dah ada sedikit  azam baru*oi,azam pown ada ukuran ker*..sukahati aku lah,aku punyer blog,aku nak merepek,nak meroyan,itu  hak aku,,hahahaha *lempang muka*

memang bez giler masa encik Syamsul bagi talk,,penat rahang aku gelak,,naseb baek tak terkeluar rahang aku,senget ker rahang aku,,aku nak tido pown macam tak boleh,sebab aku banyak gelak,,jadi,semestinyer ,lepas nie,aku mengalami proses awet muda,,hewhew,,,*phuih,ko awet muda???*maka,dier ader lah bagi banyak tips,tak silap aku dier bagi 8 tips,,tips yang ke lapan,kita kener ada motivasi diri,,owh,yeah,,aku nie dah cukup  malas,,it's me,,so,jangan jadi macam aku tau,,,,

law nie bukan senang tau,bak kata encik Syamsul,,betol2,,aku pown rasa macam tue,,otak aku rasa macam dah nak pecah,sebab overload baca benda yang aku susah nak paham,,aku bukan seorang yang mudah pick-up benda yang aku tak berapa minat,,,tapi,i will make sure one day,i will love law,,,after that,penceramah tue mention,susah kalau dapat isteri yang debater,,tapi,dier kawen dengan setiausaha kelab debater,,huhu,,nampak tak???orang cakap jer,susah la kalau kawin dengan orang yang banyak cakap,debater,but,ader jer yang kawin dengan orang macam tue,,

ayat tak boleh bla penceramah tue:

Bila beristerikan debater. "Apakah rasional nya saya masak lauk ni?"
hariku bertambah ceria dengan mendengar lawak2 penceramah tue *ceh,ayat nak skema*,,oi,biarlah,aku nak praktikan penggunaaan tatabahasa bm selepas hampir setahun aku tak belajar, setelah meningallkan dunai persekolahan,,:(..*poyo sementara*next,yang paling menggembirakan hari tue.aku DAPAT MAKANAN FREE!!!  bukan aku sorang yang dapat makanan free lah,semua dak asasi law dapat,,ayat aku bajet macam aku sorang jer yang dapat,,biarlah,kalau bukan aku yang nak bangga,siapa lagi yang nak buat...

aku tak copy pown ayat penceramah tue,,aku dengar jer,,*aik,macam ko terer sangat ??*,,haha,bukan terer tapi kalau mood aku sepenuhnyer di situ,aku senang ingat walaupun sikit2 aku luper,,,biasa lah manusia,,aku asyik menjawab jer,,eh,biaser lah,future lawyer,,*wink*

balik tue,aku try jawab soalan tutorial,,walaupun aku tak paham sangat,aku try buat jugak,,at least,it shows my effort

nie hasil jawapan aku yang senget:

kabur,,same feeling denga aku sekarang yang masih kabur2 dengan jawapan aku yang entah betol ker tidak


nie pown samer macam perasaan aku yang kabur

so,untuk sem 2 nie,aku berazam untuk dapat 3.5 and above kalau diizinkan.aku harap semangat kali nie akan berterusan sehingga aku abes degree,master,phd,,huhu


nie gambar masa cuti sem,,x der kejer,jadi aku cari pasir n coretkan bnda nie,,import dari ledang,johor tau!!!


gambar yang diimport khas dari ledang,johor ini untuk:

✾mahirah
✾raudhah*ko dah dapat,jadi share la h sikit tips dengan aku yer,,weeee~*
✾sam
✾faez
✾aku,,*mestilah aku kener ader kan*

hope sangat2,kami semua,asasi law,dapat continue degree in law,,,





Friday, December 14, 2012

tentang dia,,arwah yasmin j hunwick :(

assalammualaikum,,

hari nie,aku nak mencoret sedikit catatan tentang seseorang ,iaitu arwah yasmin j hunwick,,yer,tntang arwah,,aku sebenarnyer dah lama baca tentang arwah,tapi baru kali nie aku tergerak nak tulis tentang arwah,,hari nie,aku baca blog arwah yang diupdate oleh ibunya sekarang,,setiap kali,aku bacer entry dekat blog arwah,hati aku berasa sangat sedih,sebak,,air mata aku hampir mengalir sebab aku seoalah2 dapat memahami perasaan keluarga arwah yang begitu merindukan arwah,,,

walaupun aku tak kenal arwah,tapi entah kenapa aku tergerak nak baca blog arwah,,aku tak ingat macam mana aku mula2 mengetahui tentang arwah,,yang pasti,bila aku start baca blog dia,aku rasa sangat sedih,,aku tak tahu kenapa...

ini link,blog arwah

http://misschronicz.blogspot.com/

arwah menjadi ternding di twitter :


Namanya antara trending topik di twitter


arwah terlibat dalam kemalangan dengan dua rakannya yang lain,,

ini berita :






perkara yang berlaku pada hari arwah kemalangan aku dpaat dari blog ini:

http://initentangaku-initentangaku.blogspot.com/2012/09/lagenda-selepas-mahsuri.html



3 jun 2012 11am

 ketika dalam penggal ke2 cuti persekolahan , arwah yasmin ke sekolah untuk discussion bersama kawan2 karibnya dalam pukul 11 dia dan kawannya pulang ke rumah kawan rapatnya (F) Sebelum sampai ke rumah (F).kwn rapat nya tersebut merasakan sesuatu yg tak kena dgn cara arwah berjalan. (F) tanya kenapa, dia jawab tak ada apa2.  Dirumah (F) arwah nampak penat dan tidor nyenyak. Sebelum tu dia sempat lihat gambar mereka berdua dan dia pegang seperti raut gambar didinding dengan pandangan yang sayu ...
semasa menunggu aunty saz datang mengambil nya..

Manakala aunty saz ketikq tu berjumpa dgn kawan lama beliau, menyebabkan aunty saz tidak dapat mengambil arwah disekolah. arwah sering menumpang dirumah (F) jika ada tusyen atau lewat aunty ambik. sebelum aunty saz ambik arwah dirumah (F) aunty saz menemani kawan sekolah aunty saz shopping di kedai duty free di Kuah (bandar).  kawan aunty saz meminta aunty saz pilihkan untuk dia (kawan aunty saz) dia kata dia nak beli kain batik lepas 3 helai. Aunty saz pilih untuk dia dan mangatakan  '' senang kena ada batik lepas kat rumah, kot-kot ada org meninggal '' .. Waktu shopping tu dalam pukul 2-3 petang. lagi pun aunty saz janji ambik arwah dirumah (F) pukul 3 petang

3pm
selesai bertemu dgn rakan aunty saz..
aunty saz menjemput arwah di rumah (F) dan membawa dia balik kerumah terus, masa tersebut beliau melihat mata arwah dah merah macam baru lepas nangis. Tapi aunty saz tidak mahu bertanya. Bila balik ke rumah arwah terus senyap, Bibik indonesia aunty saz kata arwah minum air teguk macam org terlalu haus, bibik pun heran, arwah tak pernah buat macam tu.

Selepas dia minum air, dia terus ke bilik dan bersama laptopnya.

6.30PM

arwah ada kelas piano pukul 6.30 pm, dia pergi sendiri kereta. Arwah pass lesen kereta dah bulan May.(die excted sbb pass)''Dia kata buat sesuatu dia mesti boleh deliver''
Mungkin tuhan nak kasi dia satisfied before dia meninggal. Dia sempat bawa kereta ke sekolah bersama adiknya Muiz. Tapi Muiz kata, dia bawa kereta pun tak berasa selesa. Ya la kan, bila nak meninggal, kaki kita jadi lemah. Driving kan perlu kaki untuk bergerak

MALAM

Malam tersebut pun ibu arwah serba tak kena.. resah sahaja.. papa arwah mengemas bilik arwah, pecah gelas ditangan... bila ditegur papanya arwah terus keluar, arwah tak pernah buat mcm tu.. kata org2 tua 'AJal Dah Memanggil' 
bila arwah keluar rumah, aunty saz dah terbayang tempat yg accident tu... tempat tersebut mmg byk org accident dan tak pernah org survive..
jgn salah sangka arwah tidak baling gelas tersebut.. arwah tersinggung alat2 mekap dia sebelum dia keluar dan alat2 mekap terus jatuh berderai. Tidak tahu kenapa arwah tak nak share blik dgn Ayesha adik dia, selalunya dia ok.. tapi hari tu berlainan sikit.selama ni dia sayang adik dia..

11pm
Bila arwah keluar lari dari taman rumah aunty saz ., arwah berjumpa dgn kawannya iaitu, Arwah Nur Hazwani masa Hazwani beli burger di taman sebelah. Arwah Hazwani hubungi kawan yg ada motor bernama Arwah Nur Ainaa Apiqah. Tujuan mereka naik motor tu untuk menghantar arwah ke rumah (F) Dan tujuan mereka naik motor bertiga ialah sebab bila dah hantar arwah Yasmin, mereka balik berdua, so tak la takut sgt. Kan dah dekat pukul 12.Jalan nak kerumah (F) tu agak sunyi. mungkin ralat sikit sbb tak pakai helmet. Tapi kalau ada helmet pun, tgk cara kematian, mmg tak ada yg boleh survive

masa yg berlaku tu sekelip mata, sambil menunggu arwah pulang, masa tersebut juga aunty saz merasa yakin dia balik ke rumah.  aunty saz tertidor ketika menanti kepulangan dia. .

11.50pm

Aunty saz tiba2 tersedar terus buka mata, mata terus terpandang jam 11.50..
Dia meninggal jam 11.50.. Aunty saz merasa yakin dia meninggal masa tersebut kerna jam ditangan dia mati ketika kejadian tersebut .HP dia pecah. Ada org bagi Sim kad dia dekat aunty saz. Tapi sampai sekarang beliau tak pernah buka simkad tu kalau beliau buka, beliau mesti  cerita apa yg berlaku. Mesej apa yg ada.aunty saz tak nak buka, sebab takut aunty saz sedih,'' anak aunty saz dah takder, tak ada apa yg aunty boleh ganti ''
Masa aunty saz menerima berita xcident beliau menjerit sehingga 'lemah lutut' , tetapi beliau masih waras, cuma papa arwah terlampau ' sedih '. Aunty saz tidak pergi tgk mayat dihospital sbb aunty saz takut .takut tak kuat menerima kepergiannya..Aunty saz cuma tgu dimasjid untuk mayat dimandikan. Masa tu la aunty saz nampak dia. terakhir.Dimasjid org terlalu ramai sehingga Pak Imam kata " arwah meninggal ni yg paling ramai dan tak pernah di tengok"
Dah rezeki arwah.. semua saudara mara aunty saz datang dari selangor/kl sempat jumpa dia.. aunty saz tidak merasa ralat sgt sebab tak da siapa yg terkilan tak tengok mayat arwah.


okey,ini pulak titipan dari ibu arwah:
 http://nurizspace.com/2012/06/titipan-ucapan-khas-dari-ibu-arwah-yasmin-j-hunwick.html



Titipan ucapan dari Puan Sazlina
DARI DAIRI IBU ARWAH YASMIN JOHAN @ YASMIN J HUNWICK
Assalamualaikum wbt,
Hari ini, sudah 14 hari arwah Yasmin Johan @ Yasmin J Hunwick meninggalkan kita. Anak sulung kami dari 4 beradik telah pergi dgn cara yang cukup tragis sehingga pada mulanya sukar untuk kami menerima kenyataan. Tapi itu ketentuan Ilahi tak ada siapa yg dapat menahan.
‘Setiap orang mempunyai ketentuan ajal masing-masing. Apabila kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu akan datang, tidak berganjak, terdahulu atau terkemudian. Itulah ketentuan dari Allah yang tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah mahukan agar setiap hamba-Nya redha dengan qada’ dan qadar ketentuan Allah’.
Melalui @’Nuriz Ibrahim’ (Nurizspace.com) saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua pihak dari pagi arwah menyambut panggilan ilahi, dikebumi hingga ke majlis tahlil yg diadakan di Langkawi dan Semenyih. Terima kasih kami kepada pihak polis Langkawi, Bomba dan pihak Hospital yg menjalankan kerja dengan pantas, juga Pengarah Hospital Langkawi Dr. Selahuddin yg sudi menziarahi kami sekeluarga, Tok Imam Masjid Aishah Sg Menghulu, kunjungan sanak saudara dan ramai rakan2 diperkarangan masjid (sehingga ada yg kami tidak kenali) kawan arwah dari Shah Alam yg bergegas ke Langkawi dengan menaiki motor, Jiran-jiran, pihak media, kawan2 sekerja saya, sekerja Johan, kawan2 arwah dari setiap sekolah di Langkawi, cikgu-cikgu akademik dari sekolah tadika hingga ke sekolah menengah, Cikgu Catur (FCU Family), Cikgu Piano, Cikgu arithmatic, cikgu tusyennya di sekitar Taman diLangkawi.
Juga kepada pengusaha feri (penjual tiket/kaunter) di Kuala Kedah dan Kuala Perlis kerana memberi keutamaan kepada sanak2 saudara saya yg datang dari KL/Selangor, Kedah/Perlis dan juga kepada kepada ramai kawan arwah yang datang dari sekitar Tanah Besar.
Pada hari pertama dan kedua , kami tidak menyedari yg twitters dan bloggers sedang menceritakan mengenai arwah sehingga saya diberitahu oleh adik saya, Nurul Huda Shahriman Shah. Ucapan t.kasih juga buat semua para-para fb, twitters, myspace, bloggers (saya ada membalas komen kepada setengah bloggers dan ada juga saya tidak sempat untuk membalas) yang tak putus2 mendoakan kesejahteraan roh anak saya di sana. Sehingga ke hari ini pun saya masih menerima ucapan takziah dari para twitter dan fb.
Juga setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih kami kepada para-para VIP, YB Dato’ Paduka Abu Bakar Bin Taib (Ahli Parlimen Langkawi), YB Dato Ir. Hj Nawawi Bin Hj. Ahmad (ADUN Kuah ), En Zubir Bin Ahmad (wakil PAS) yg datang menziarahi kami. En. Nor Saidi Bin Nanyan (Ketua Pemuda UMNO Langkawi) yang datang bersama wartawan NST/BH. Juga kepada YB Dato Seri Anwar Bin Ibrahim (Ketua Pembangkang – PKR) yang sudi menghadirkan diri ke Majlis Tahlil di Semenyih.
(Kami memohon maaf sekiranya kami tidak menyenaraikan nama2 yg terlibat secara langsung atau secara tidak langsung).
Disamping itu juga ucapan takziah yang kami terima melalui telefon/sms dari sanak-saudara dan rakan-rakan dari seluruh Malaysia dan luar negara.
Yang saya tak akan lupakan ialah kepada Pn Zira (wargakerja Pasaraya Ekonomi Taman Langkawi) yg bergegas ke tempat kejadian setelah mendengar satu dentuman yg kuat (tempat kejadian hanya 50-100 meter sahaja dari Pasaraya tersebut) Saya amat terhutang budi kepada Pn. Zira kepada melafazkan ucapan dua kalimah syahadat kepada arwah, beliau memangku arwah dalam keadaan masih bernyawa dan mengajar arwah mengucap, setelah habis 3 kali Pn Zira lafazkan syahadah, mulut arwah masih terkumat-kumit sehinggalah hembusan arwah yg ketiga adalah hembusan terakhir. Dan beliau terus meninggal kita. Menurutnya, arwah pergi dengan keadaan yg cukup tenang seperti tiada kesakitan. Ini lah saat yang menenangkan kami serta berasa amat bersyukur kerana anak kami meninggal sambil menyebut kalimah Allah. Itu terlalu besar dan bermakna buat kami. Menurut Pn. Zira, kepalanya tidak pecah seperti didakwa oleh setengah pihak cuma darah banyak keluar dari kepalanya. Nauzubilllah.. sakit anaknya kami…:’(
Menurut ramai kawan2 di sosial media, ramai yg mengambil ikhtibar selepas kematian arwah. Segala kebaikan dari arwah dgn izin Allah jadikan ia sebagai teladan. Semoga kami sekeluarga tidak digolongkan sebagai orang yg riak dalam menjaga anak saya terutama arwah yg merupakan anak sulung saya. Saya sering beritahu dan nasihatkan arwah untuk hidup secara sederhana, bahagikan diri untuk dunia dan jangan lupa bekalan untuk akhirat. Sejak kecil lagi beliau suka mengaji, melukis dan meminati pelajaran Agama Islam. Saya masih teringat semasa arwah Tahun 1, diwaktu saya mengambilnya pulang dari sekolah, beliau berlari2 mendapatkan saya sambil membawa beg yg berat dgn tangannya memegang Kertas ujian Agama Islam, arwah berkata sambil teruja ‘Mama, Agama (Pendidikan Islam) Yasmin dapat 100.’ Saya terus mencium arwah sambil membawa adik2 nya, Muiz 5 tahun dan Zharif 3 tahun (umur masa itu) sama-sama masuk ke dalam kereta. Itu adalah kertas peperiksaan pertama yang ditunjukkan kepada saya. Sebagai ganjaran saya berkata nak apa sebab dapat markah yg perfect, arwah terus berkata nak makan Mekdi (McD). Itu lah kenangan yg paling saya tak kan lupa kan.
Ada juga yg membaca diari bloggers dan twitter bertanya dimana hendak mendapatkan buku yg di postkan oleh arwah di Instagram 3 minggu sebelum beliau meninggal yang bertajuk ‘BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DIALAM KUBUR, Persiapan Menuju Alam Barzakh’. Jika ada sesiapa yg berminat silalah PM saya di fb atau pun boleh reply melalui blog Nuriz. Saya akan beritahu detail mengenai penulis buku itu. Atau pun anda boleh dapatkannya di kedai buku ‘Popular’ diseluruh negara dimana Arwah telah pergi membelinya di‘Popular’ Alor Setar.
Di laman fb ni juga saya menerima ramai rakan fb baru yg pernah bertwitter dan bloggers semasa arwah masih ada. Tujuan semua adalah untuk menyalurkan ucapan2 takziah. T.Kasih byk2 kami ucapkan.
Hanya Allah dapat membalas budi baik saudara-saudari, dan berharap iringin doa kalian tidak akan putus sekiranya teringatkan Arwah Yasmin J Hunwick. InsyaAllah.
Salam Hormat
BIODATA
1999 – Tadika PerpaduanTaman Desa Permata, Kuah Langkawi
2001 – Tadika KEMAS Padang Putih, Temoyong, Langkawi
*****
2002-03 – SK Seri Negeri, Kuah Langkawi
2004 – SK Kelibang, Kuah Langkawi
2005-07 – SK Sg Menghulu, Kuah Langkawi
*****
2008 – Maktab Mahmud Langkawi
2009 – 10 – SMK Kelibang , Kuah Langkawi
2011 – 12 – SMK Mahsuri, Kuah Langkawi
Kembali ke Rahmatullah pada 03 Jun 2012.
04hb Jun 2012 jam 2.00 pm – Disemadikan di perkarangan perkuburan Islam Masjid Aisyah, Sg Menghulu, Kuah Langkawi.



samer2 lah jadikan teladan dalam hidup kita,,aja datang tak kira umur ,,dan ajal tak kan lambat atau cepat walaupun sesaat,,kita yang masih hidup,haruslah segera bertaubat :)

al-fatihah kepada arwah