Mungkin kita terlalu bahagia dengan sesuatu hingga terleka,lalu Allah uji kita agar kita tersedar. Mana mungkin perjalanan hidup seindah drama .

Monday, October 21, 2013

JODOH ITU MILIK KITA

assalammualaikum

"Jodoh itu rahsia Ilahi.dan DIA mengatakan awak untuk saya dan saya untuk awak "


tiba2 hari nie,aku rajin pulak kan nak update post entry blog banyak2... well,hari nie,hari isnin kan?? so excited nak tengok drama jodoh itu milik kita... please lah admin tue cepat upload episod  hari nie.. aku tak tahu kenapa aku suka sangat tengok drama nie.. tapi,yang pasti,aku sangat2 admire watak AARIZ DANIAL.. he's so a perfect guy. baik,sweet,penyabar,selalu mintak maaf kalau buat salah,sanggup berkorban,penyayang... yang paling penting,dia sangat respect family dia dan dia tak pernah lupakan jasa parents angkat dia.. how can I wish I will get to know a guy like AARIZ DANIAL. cerita yang sangat meruntun jiwa,at the same time,rasa macam sweet sangat cerita nie... bercinta lepas nikah pown boleh bahagia :)

masa tengok cerita nie,rasa macam beruntung nya dapat AARIZ DANIAL..dan beruntung jugak dapat DAHLIA... teach me how to appreciate everything,teach me  kadang2 benda yang paling tak disangka tue lah yang kita akan paling sayang.. dan drama nie jugak tunjukkan tentang friendship antara dahlia dengan dua orang kawan dia tue.. serius,sayang gila kawan dia kat dahlia sampai kadang2 nampak macam over protective la pulak ..

“Kita tidak dikahwinkan dengan seseorang atas sebab
jatuh cinta atau saling mencintai.Namun kita kahwin dengan jodoh kita.
Jodoh yang ditetapkan sejak azali.”

Petikan - petikan yang menarik didalam novel

Dugaan datang tanpa diminta

"Syafiq tak dapat datang.."
Dahlia mengerutkan dahi. "Apa maksud papa... dia tak dapat datang? Hari ini kan hari perkahwinan kita orang" Cikgu Darius diam. Tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya. Tidak mampu jug untuk menympaikan berita yang dia sendiri tahu pasti akan meremkkan sekeping hati milk Dahlia.
"What happened to him , papa? Please don't tell me... dia ... dia involve dalam accident...." teka Dahlia , memberikan telahan yang difikirkn logik dan mungkin... menakutkan. Genggaman tangan Cikgu Daruis dirasaka makin kemas. Melihatkan reaksi bapanya itu. Dahlia jadi makin tidak karuan. Dia tidak sanggup memikirkan kemungkinan yang satu itu menjadi kenyatan.

"Apa dah jadi ni , bang " Kali ini Puan Inas mula bersuara. Dari Nada Suaranya, jelas kerisauan dan kebimbangan yang dirasakan. Cikgu Darius berpaling pada isteerinya dan mengeleng lemah sebelum kembali menatap wajah Dahlia.

"Tak , sayang. He's fine ... maybe." jawab Cikgu Darius setelah agak lama dia membiarkan soalan Dahlia tergantung tanpa jawapan.
"Dia .. dia dah .." Kata-kata Cikgu Darius terhenti. Kamudiaa dia mengeluh perlahan. Sesungguhnya dia tidak sanggup meneruskan kata-katanya. Tidak sanggup untuk memberikan khabar berita yang dia tahu akan meruntuhkn hati seorang pengantin.
"Mungkin Lia patut baca ni." Akhirnya Cinta Drius membuat keputusan untuk menyerahkan not yang diberikan oleh Tuan Haikal tadi. Y, nota daripada Syafiq, lelaki yang sepatutnya menjadi menentunya hari ini. Dhli memandang ayahnya dengan serba salah sebelum mengambil nota itu. Tngannya terketar-ketar, mengambarkan perasaan yang penuh gundah - gulana. Perlahan dia membuka nota itu sebelum dia mula membaca bait-bait tulisan tertera.


Buat Dahlia,

I'm so sorry. Saya ingat saya boleh meneruskan perkahwinan ini,
for the sake of umi. Tapi saya gagal!!!! Please forgive me....
Syafiq


Berulang kali Dahlia membaca nota pendek iyu. Cub untuk betul-betul memahami situasi yang sebenarnya. Syafiq dah tinggalkan dia? Pada hari perkahwinan mereka sendiri?



Keputusan yang berat hendak dilakukan. Demi sekeping hati yang uzur Dahlia akur.

"Please Lia. Tunikan permintaan umi. Umi merayu pada Lia." Puan Marina terus memujuk dan merayu. Kali ini Dahlia memdiamkan diri. Dia merenung wajah pucat dihadapannya agar Dahlia akan menunaikan permintaannya. Hati Dahlia terusik. Dia tidak mahu menunaikannya, tapi dia juga tidak sanggup menghancurkan harapan itu. Puan Marina bagi Dahlia telh banyk menderita.Terpaksa bertarung dengan penyakit kanser yang dihidapinya, terpksa menerima hakikat bahawa anak lelakinya telah membut tindakan yang bermulkan keluarga dan mungkin terpaksa menerima kenyatan bahawa bakal memantunya akan membenci dia . Takdir Allah pul mengatakan bahaw bakal menantu itu adalah Dahlia sendiri.
Dahlia menarik nafas dalam - dalam sebelum dia khirnya menganggukkan kepala. Perlahan dan lambat-lambat.
"Lia setuju. Lia akan kahwin dengan Aariz." Lemah suara Dahlia. Semua hadirin kelihatan terpanar. Aariz yang sedari tadi hanya hanya mmerhati turut terperanjat. Dahlia telah bersetuju untuk mengahwininya!
"Betul ke , sayang? Umi tak salah salah dengar, kan?" soal Puan Marina penuh dengan perasaan teruja. Dahlia hanya mengangguk lemah. seketika kemudian, tubuhnya ditarik ke dalam dakapan Puan Marina.


Kehidupan mereka bermula dengan persahabatan.

"Saya tak tahu apa yang patutu saya buat. Yalah, tiba-tiba aje saya yang ini single and available ada isteri. Tk pelik ke tu?" Dahlia mengangguk mengiakan kata-kata Aariz.
""So, apa kata we... we just go with the flow?" tiba-tiba Aariz memberi cadangan.
"Maksud awak?" tanya Dahlia tanda tidak mengerti kan maksud suaminya itu.
"Awaka just anggap saya sebagai kawan baru. Saya pun akan anggap awak macam tu. That you're a new friend of mine." Aariz memandang wajah Dahia yang kelihatan agak tergamam. Ya, dia akui cadangan itu agak gila. Dahlia isterinya yang sah. Tapi dia memohon agar mereka berkawan. Pelik? Tapi memang itulah yang baru saja meluncur keluar dari mulutnya.
Dahlia sedikit mengeluh. Cadangan daripada Aariz dirasakan aneh. Namun bila difikirkan balik, mungkin itu yang terbaik untukmereka dan situasi mereka sekarnag. Mungkin Aariz mahu dia berasa selesa dengan kehadiran lelak itu. Mungkin juga Aariz mahu dia mengerti bahawa dia tidk punya niat jahat terhadapnya.
Perlahan Dahlia mengangguk dan kemudian menghulurkan tangan kanannya "Friends?"
Aariz menyambut huluran tangan itu dn tersenyum lebar. "Yes, friends." Dahlia turut tersenyum. Tanpa disangka-sangka ketenangan mula bertamu dihatinya. Setelh apa yang terjadi, Dahlia tidk menduga bahawa dia akan berasa tenngbegitu. Dan yang lebih pelik. di berasa selamat berada di samping Aariz Danial.

Perkahwinan Aariz mengejutkan sahabatnya Joshua.

Joshua mengerutkan dahi.
"Wo, wo!!! wait. Kenapa macam suspens sangat ni? What have you done, Aariz?" tanya Joshua dengan wajah yang penuh syak wasangka. Aariz tergelak kecil.
"Apa yang aku dah buat? AKu tak buat apa pun. Aku just... kahwin. Itu je." Selamba jawapan Aariz sambil menunggu reaksi dripada sahabatnya. Joshua mengerlipkan mtanya berkali-kali. terpinga-pinga dan terkebil-kebil. Dan kemudian...."What??"
Suara kuat Jushua seakan menggegarkan kedai makan. Beberapa pengunjung lain mula berpaling ke arahnya, namun langsung tidak dipedulikan oleh Joshua.
"Woi, janganlah jeritkuat sangat! Kau ni ak boleh ke control suara kau tu?" marah Aariz pada Joshua. Matanya melilau melihat sekeliling sambil kepalanya ditundukkan beberapa kali tanda memohon maaf. Joshua tidak menjawab. Matanya dijegilkan sambil tangannya mengurut dada. Keadaannya tidak ubah seperti seorang yang baru sahaja melihat hantu.
"Josh , Joshua.." Aariz memanggil Joshua beberapa kali. Dia tidak pernah meyangka macam itu sekali reksi yang akan diberikan Joshua.
"Did you just tell me that you, Aariz Danial have got married? You? Out of all people." Akhirnya Joshua bersuara. Serius.

Kerana memburu cinta Alya Syafiq sanggup meninggalkan tunangnya di hri pernikahan.

"Awak kan tahu? Saya ank kahwin dengan awak. SSabab saya .. saya cintakan awak. Terlalu cintakan awak. sambung Syafiq lagi. Alya tetap diam tanp sebarang kata.
"I leve you, sayang. I love you so much. Bagi saya peluang lagi, ya. Sekali aje . Saya janji, saya takkan marah-marah, saya takkan kawal awak lagi. Awak... awak boleh buat apa sahaja yang awak nak. Please, sayang.." kali ii Syafiq mula merayu. Tanpa disangka-sangka, Alya tiba-tiba sahaja ketawa. Entah apa yang mencuit hati Alya, Syafiq juga tidak pasti. Berkerut dahi Syafiq, tanda tidak senang dengan ketawa Alya. Ketawa itu seolah-olah mentertawakan dirinya.
"Sayang? cinta ?" soal Alya diselangi tawanya yang masih bersisa.
"Awak janagn nak bua lawak kat sinilah , Syafiq. elama tiga tahun saya bodoh percayakan kat-kat awak tu. Cukuplah! Cukuplah tiga tahun saya memperbodohkan diri saya kerana awak. Saya biarkn awak control saya semahunya sebab saya ingat itu caranya awak mencinti saya." Alya membentak.
"Huh! Saya memang bodoh!" Alya menyambung lagi. Kali ini mengutuk dirinya sendiri pula. Syafiq mendiamkan diri, sengaja tidak mahu membalas kata-kata Alya sudah semakin mencabarnya. Hanya matanya yang masih membalas renungn berani Alya. Syafiq dapat melihat rasa benci yang dlam pada sepasang mata Alya. Dan Syfiq sedar rasa benci itu ditujukan padanya.
"Let me tell you something, Syafiq. Selama tig tahun kit bersama. Awak sebenarnya tak pernah sayangkan saya. Jauh sekali cintakan saya. Apa yang ada dalam hati awak tu .." Alya menghentikan kata-katanya dan menerik nafas panjang. Dia tahu apa yang bakal dia katakan ini pasti akan membuatkan Syafiq mengmuk. Namun Alya sudah tidak peduli lagi. Biarlah apa akan jadi lepas ini, yng pasti dia mahu meluahkan apa yang dirasakanny selama ini.
"Apa yang ada dalam hati awak tu cuma raa benci dan cmburu awak pada abang awak." Dengan berni Alya menyabung katanya. Tersirap darah ke wajah Syafiq. Wajahnya berubah menjadi tegang.

Setelah gagal mendapatkan cinta Alya , Syafiq kembali menuntut janji.

"Fiq jangan nak tuduh abah dengan umi yang bukan-bukan," balas Tuan Haikal selepas pelbagai tuduhan dilemparkan oleh Syafiq. "Fiq yang tinggalkan Dahlia semasa hari perkahwinan kamu sendiri!"
"Tapi Fiq tk mintak abang gantikan Fiq!" bidas Syafiq pula. Terlopong mulut Tuan Haikal dan Puan Marina dengan jawapan berani Syafiq. Langsung tiada riak menyesal atau bersalah dalam jawapan itu.
"Abah dengan umi memang sengaja, kan? Sengaja nak bagi Lia pad abang.!"
Pang!
Tiba-tiba satu tamparan padu hinggap pada pipi kiri Syafiq. Tercengang Syafiq dengan tindakan ibunya. Tuan Haikal turut terperanjat.
Dada Puan Marina berombak dengan laju. Tangannya yang baru sahaja hinggap pada pipi anak kesayangannya terketar-ketar.
"Umi?" getus Syafiq, langsung tidak menyangka ibu yang selama ini tidak pernah langsung berkasar dengannya boleh pula menamparnya begitu.
"Ba.. bagi Lia pada abang?" Terketar-ketar suara yang keluar dari mulut Puan Marina.
"Fiq ingat Dahlia tu barang ke ?? Boleh tinggal, boleh ambil, boleh bagi pad orang sesuka hati?" soal Puan Marina dengan penuh emosi. Air matanya sudah mula bertakung pda tubir mata. Tuan Hikal cepat-cepat memeluk bahu isterinya, cuba menenangkan hati wanita kesayangannya itu. Syafiq mengangkat tangannya dan menyentuh pipi yang telah menjadi habuan ibunya tdi. Sesaat kemudian bibirnya mula membentuk senyuman sinis.
"Bukan ke dulu umi yang beria-ria sangat nak Fiq dengan Lia, Now umi nak dia dengan abang pula. So, siapa yang anggap Dahlia macam barang sekarang ni?" balas Syafiq perlahan, sedikit menyindir.
"Syafiq!!!" tengking Tuan Haikal.


Rahsia yang lama tersimpan cuba dibongkarkan

"Aariz." Pendek jawapan yang akhirnya terpacul keluar dari mulut Syafiq.
"Huh?"
"Apa yang awak nak daripada saya adalah jawapan kepada soalan cepu emas kita.."
"Siapa Aariz sebenarnya..?" Dahlia menyambung sendiri dengan perasaan sebal dalam hati. Sungguh! Dia memang cukup geram dengan tingkah Syafiq yang tidak habis-habis ,ahu menyebut entang soal itu. Dia bosan.
"Rasanya saya dah bagitahu awak, kan ? Saya akan..."
"Tunggu jawapan tu daripada dia? Oh, yalah! Awak ada cakap something hari tu. Pasal... rasa hormat antara suami isteri am I right?" kali ini Syafiq pul yang menampuk kata - kat Dahlia. Dahli mengetap bibir. Dia sedar Syafiq sedang memerlinya.
"Lia, Lia .. kenapalah awak ni naif sangat Awak betul-betul ingat dia akan bagitahu awak ke Kalau dia nak, daripada awal lagi dia dah buat macam tu." Syafiq menyambung lagi dengan lagak bersahaja. Terdiam Dahlia buat seketika. Dalam hati, dia mula mengakui akan kebenaran kata-kata Sqafiq. Tetapi dia tidk akan sesekali mengakuinya dihadapan lelaki itu. Jika ada yang mengatakan bahawa dia ego, jika ya, dia mengaku. Bila di hadapan Syafiq, egonya akan jadi melambung tinggi!

Segalanya terjawab bila Umi menceritakan demi kebaikan bersama.

"Dia diculik dan diperkosa."
Terbeliak mat Dahlia. Pantas tangannya menekup mulut.
"Gang-raped. Lima lelaki. Tak... lima syaitan yang beropengkan manusia!!!" Dahlia terkaku. Tangnny masih tetap dimulut. Fikiran dan hatinya mula mengabarkan penyeksaan dan keperitan yang dialami Edna Dia juga akhirnya semakin dapat meneka ke mana akhirnya cerita ini akan menjurus.
"And she got pregnant." Spontan Dahlia memejamkan mata. Dan sepantas kilat juga wajah tulus Aariz muncul dalam fikirannya. Mata Aaris yag cantik dn sentiasa bersinar, senyuman manis Aariz yag punya kuasa istimewa yang menyenangkan hatinya, pandangan lunak Aariz yang selalu menghimpit emosi Dahlia.
"Aariz." Tanpa sedar tercetus nama suaminya saat Dhlia menjatuhkan tanganny yang sedari tadi elok melekat dari mulutnya. Kedua-dua matanya dibuka kembali dan pandangannya jatuh pada umi yang sedang mengangguk lemah.
"Yup, Edn mengandungkan Aariz."" Teringat Dahlia pada kata-kata Syafiq yang pernah mengatakan bahawa dia akan merasa jijik terhadap suaminya. Jadi inilah maksud lelaki itu?
"So sebbtulah Aariz rasa dia tak layak untuk Lia? sebab dia dilahirkan dengan cara macam tu?" soal Dahlia perlahan. Puan Marina melepaskan keluhan berat seraya menggeleng lemah.
"Bukan itu saja sebabnya." Berkerut dahi Dahlia . Apa lagi yng ad disebalik siapa Aariz sebanarnya?

sinopsis nie sampai episod yang disiarkan :) so,jom lah tengok ..tak sabarnya :)







sweet,moment..Eat together :) HAHAHA,laila n miemiey :P

assalammualaikum

alright,hari nie,aku ,miemiey and laila buat kenduri ,yang mangsanya rumah aku... koktel yang sedap,nyummmmm2... aku rasa macam dekat rumah aku kat johor ,makan ramai2... jenuh nak habiskan koktel tue.. yer la,makan 3 orang dengan koktel yang penuh dalam mangkuk besar... lepas jer kelas library tue,aku,miemiey and laila terus jer mulakan aktiviti buat koktel.. sebenarnya,plan tue dah discuss masa sebelum cuti raya haji lagi.. punyer la semangat,lepas jer cuti,terus buat plan nie...amek kaw,penuh satu mangkuk besar,ingat kan mula2 sikit tau... masa tengah makan,memang terfikir macam mana nak habiskan.. so,mulalah "paksa-memaksa" habiskan koktel tue... lepas makan koktel,kiterowang kener makan nasi jugak.. huh,perut rasa macam nak meletop!!!!!

   tetiber,laila bawak kek buatan LAILA SDN.BHD.. fuiyooooo!!!!! ada ciri2 calon isteri mithali nie :P..hehehe.. memang hari nie,kejernyer makan jer,... kejer assignment ke laut pulak yer... gather sama2 dengan miemiey and laila macam kiterowang dah terpisah lama jer.. padahal,miemiey tukar kolej dekat belakang jer... tapi,dierowang nie lah pemeriah rumah aku...  ada sesiapa nak rasa koktel nie??memang sedap weyh.. tapi,sorry,koktel tue dah masuk dalam perut kiterowang... nanti kiterowang bukak gerai .. HAHAHAHA..

macam2 cerita keluar tadi..al-maklumlah cuti seminggu kan... semua topik kiterowang sentuh sampi jadi bahan lawak..
koktel kiterowang .. hehesorry,cuma nampak ice2 jer.. sebab kiterowang x nak yg tengok gambar nie jelez :P




melantak sampai perut kenyang!!!!

aik,nak jual ker koktel nie??? Cc:laila :P

kek yg laila buat ... boleh jadi calon isteri mithali nie :P
p/s to laila :lain kali buat kek macam2 lagi ea... cheese cake,blueberry cake :P
p/s to miemiey : rindukanlah kiterowang

Sunday, October 6, 2013

student life :) drama Jodoh itu milik kita ❤ ,sweetnyer

assalammualaikum

     dah berminggu2 aku masuk ke dunia degree.. tak sedar pown,dah cukup sebulan aku duduk kat sini... rasa macam mimpi.. well,student life,campus life,semuanya agak mencabar bagi orang2 yang baru semester pertama nie... everything nampak susah untuk diterima dalam otak nie... maybe,aku belum biasa lagi dengan scope pelajaran course nie,cuma masa akan membuatkan aku lebih matured dan mampu handle kesusahan tue.. student life,memang sangat busy dengan schedule yang ada nie...busy dengan koku,aktiviti2 kolej,assignment.... rasa macam nak pengsan nak siapkan semua assignment *amboi,hiperbola betol*

      tapi,aku sempat jer keluar melawat2 pekan kat sini dengan member2.. yer la,takkan lah aku nak menghadap buku 24 hours,kan orang kata,aku tak der life pulak... entah2 apa kan ... aku pergi mana??? tak perlu tahu,sebab bukan urusan korang kan..yang penting,aku pergi mencari stok2 makanan kat bilik..  sejak bergelar student semula,perut aku nie memang tak makan insurans..asyik rasa lapar jer,huh! nasib la kan dapat tuan macam aku yang suka melantak jer kan... sudah la farah oi,jangan citer pasal makanan lagi,nanti ada orang yang rasa lapar pulak ... tapi..tapi...tapi kan,aku teringin sangat2 nak merasa cendol kat sini..nampak macam sedap jer... hari tue,aku dah try makan sate,well,okey la..tapi,sate kat muar lagi sedap,sebab parents aku yang belikan... hehehe :P

      aku kan suka mengusik roomate aku..mentang2 lah dia kecik kan.. alah,sekali sekala kan..sweet gitu.. hahahaha...  and now,,believe me,aku dah layan2 drama2 melayu nie..aku dah layan cerita "JODOH ITU MILIK KITA" dengan "LOVE U,MR.ARROGANT"... bravo,farah!!!! melting habis la tengok cerita jodoh itu milik kita... alahai,Aariz Danial(farid kamil) sangat2 sweet.. untung kan ada husband macam tue.. *eh,farah!!!!**blushing*...  aku tahu,semua gegurl2 kat luar sana ,pown nak macam tue kan ...aku marathon kowt tengok drama nie.. alahai,tak suka adik Aariz.. *fans emotional* bercinta selepas nikah nie,memang sangat sweet... so,tak perlu nak over sangat bila bercinta kan,sebab jodoh itu ketetapan Allah :)*ingatan dekat diri sendiri jugak *.. ◕ ‿-。

 aku tengok drama2 nie pown sebab dua orang classmate aku,laila and mimiey nie tengok.. lama2,layan weyh... tak sabar nak tengok sampai episod terakhir... study2 jugak,tapi kener la enjoy2 sikit.. bila tengok drama2 nie,rasa tak der la stress sangat time study.. Take 5 la katakan *take 5????*



alahai,sweetnyer.. bagus2,ada orang yang penyayang.,..melting habis...

yang nie,aku gelak2 jer tengok lakonan mak hero tue..siyes,kelakar