Mungkin kita terlalu bahagia dengan sesuatu hingga terleka,lalu Allah uji kita agar kita tersedar. Mana mungkin perjalanan hidup seindah drama .

Friday, July 28, 2017

Last Journey as Intern :D


Assalammualaikum  :D

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menghabiskan latihan industri dan secara officialnya dah berjaya tamatkan sem terakhir. Ooo-ooo- yeah! *Let’s Party Time*


Astagha! Ni semua duniawi. *kembali ke pangkal jalan*
Macam tak percaya dah habiskan 4 tahun kat upsi. *Ah, kau farah oi* Dulu bukan main kata lambat la nak habis, tak de masa depan lah, tak nampak hikmah dapat masuk kos nil ah bla bla ... jahiliyah sungguh. Ish3..

So, post ni untuk share pengalaman bergelar ‘intern’ selama 6 bulan. Basically, I’m intern as designer and half developer. Bergelar designer ni banyak la mengajar tangan ni yang lebih keras daripada kayu ni gunakan Adobe Illustrastor. Masa mula2 jadi designer, bukanlah tahu pun guna AI ni. Masa fyp dulu pun guna AI untuk buat poster fyp, tapi haram jadah design yang dibuatnya. Company ni tanya member siapa yang reti melukis, aku acah2 berani kata reti melukis. Company suruh lukis guna AI, ternganga2.

Skill yang first diajar masa tu tracing. Tangan dah la terketar2 macam Pakinson, disuruhnya tracing. Garisan semua nampak macam cacing kepanasan. Hodoh! 

perasaan sebak bila dapat buat first artwork dulu2...heh!

Dengan tangan yang terketar2, dapat la task jadi kartunis. Duh, aku bukan seorang yang kelakar, tapi aku seorang pemikir. Heh! *Pemikir kepala hotak hang* Setiap elemen yang digunakan macam meja, baju baru, air,makanan, kaunter dan etc semua ni kena tracing jadikan kartun untuk setiap scene yang nak dibuat. Biasanya, mula2, akan bukan berita2 atau trending kat twitter atau daripada pengalaman sendiri untuk hasilkan scene2. At first susah nak pikir idea dan caption. Dah hampir 5 bulan lebih jadi kartunis, boleh la dah gerak sendiri nak buat scene. Tak lah macam mula2 buat dulu, semua nak tanya team. Then, sikit try buat design untuk facebook campaign, facebook cover photo, logo dan website. 

Ada jugak member2 yang support pasal kartunis tu terutamanya sekali yanie dengan fifa. Dierowang ni suka sangat komen dengan social media kartun tu. Ada sekali tu supervisor, encik Wan pergi baca komen yanie kat satu department, berdekah satu department tu. Rasa macam nak cepuk jer dierowang ni jadi penyek . -_- 

So far, team mate semua nya okay jer. Boleh gurau2 and semua kepala jenis masuk air. Sorang x makan taugeh, sorang tak makan sayur, sorang suka kumpul duit syiling emas, sorang suka menangis. Macam2. HAHAHA!Selalunya aku lah yang jadi ketua menyedarkan dierowang untuk kembali ke pangkal jalan. 

Selalunya, kalau aku nampak dierowang cucuk telinga dierowang dengan earphone, aku akan tanya soalan ni “ korang tengah dengar surah al-khafi ke tu?”. Terus automatik dierowang jadi alim. The best part sepanjang intern ni, aku selalu share dengan nad *orang yang selalu duk meja sebelah dimana selalu pinjam bawah meja untuk beritirehat sepanjang waktu tanpa bayar kadar sewa* untuk beli makanan dan letak dalam drawer. Drawer kiterowang ada 3 tingkat, semuanya penuh dengan makanan. 

Macam mana korang bole tahu ha bila kiterowang bukak makanan baru?
Setiap kali kiterowang bukak jajan baru, aku pelik sebab semua team mate boleh dengar. Aku syak yan dierowang ni ada deria ke-6 untuk mengesan sumber makanan. In shaa Allah,kalau dilepaskan dierowang ke hutan, dierowang ni mampu survive dengan menggunakan deria ini untuk mencari makanan. HAHAHA!  

Lastly, terima kasih kerana telah banyak memberikan sokongan yang padu lagi jitu terutamanya yang kadang2 tu bukak laku ost goblin. *terasa seperti berada di korea* haha...Semoga terus maju yer! :D

To Nad, Jaga diri.. sekarang farah #teamyanafyqa ..kekeke.. Yana dan fyqa telah meninggalkan kita dulu.. Sadis.. To yana and fyqa, thanx sebab selalu layan kdrama sama2 dan ketawa terbahak2 sama. Semoga korang insaf sekarang. Heh! To salwa dan kak lin, semoga terus maju dan jumpa kat konvo nanti.. Semoga kak lin semakin gojes macam bidadari syurga. Dan untuk salwa, semoga berjaya di dunia dan akhirat.


Terima kasih UPSI.. #roadtoconvonow

Throwback Intern:

2 ketul manusia yang sama2 intern. 




Bye semua! Iklan colgate dah start!
Bye Nad, Jaga diri, kerja elok2..
punca kepada lagho.. hahaha.. #teamyanafyqa

No comments:

Post a Comment