Mungkin kita terlalu bahagia dengan sesuatu hingga terleka,lalu Allah uji kita agar kita tersedar. Mana mungkin perjalanan hidup seindah drama .

Thursday, August 24, 2017

Software Engineering (Educational Software), UPSI

Assalammualaikum semua :D

Okay, post entry kali ni berkaitan dengan kos Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) atau Software Engineering (Educational Software) / AC10 dekat UPSI. Sebenarnya, lately ni banyak dapat soalan2 daripada readers yang bertanyakan tentang kos ini. Maybe yang bertanya2 tu bakal junior2 ac10 di UPSI untuk kemasukan bulan september ni. I'm sure all of you will feel little confused, nervous and so on. So, here, the post entry for you :D

Q1: Kos ni adalah kos pendidikan atau bukan?

Yang pertama, saya percaya yang ada segelintir yang confused dengan title kos ini sebabnya ada dalam kurungan perisian pendidikan. Don't worry, you're not alone. I also got a confused when I got this offer from UPSI. Sebenarnya, kos ini adalah kos kejuruteraan di mana kita2 semua akan mencipta software2 yang berkaitan dengan pendidikan. Sekarang ni kan popular dengan online learning, jadi kita2 ni lah perintis yang akan mencipta online learning ni tak kira platform dia menggunakan web based atau mobile based. Automatically, kita takkan dapat menjadi cikgu walaupun kita ada belajar beberapa subjek pendidikan atas sebab nak bagi kita lebih faham tentang pendidikan untuk mencipta software atau apps yang related dengan pendidikan.

Q2: Kos ni akan belajar tentang apa?

Here:

Subjek bagi kursus universiti, wajib ambil semuanya.




Subjek bagi kursus elektif, wajib ambil 18 jam kredit sahaja, Pilih yang mana korang rasa minat dan berguna untuk masa hadapan.


Subjek bagi kursus teras, WAJIB ambil semuanya. Ada beberapa subjek yang korang wajib dapat C dan ke atas, kalau tidak, kena repeat.

Lastly, semasa semester akhir , korang akan menjalani latihan industri dengan kod baru, MLI3012 dengan 12 jam kredit. Software engineering - educational software  ni akan banyak mengajar kita macam mana nak develop satu sistem atau apps terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan dengan menggunakan coding macam HTML, Javascript, Css. Yang paling penting, setiap phase yang terlibat dalam proses pembangunan sistem atau apps, kita kena dokumenkan untuk rujukan masa akan datang contohnya seperti System Requirements Specifications, System Design Descriptions dan System/Software Testing Plan.

Walaupun nama2 subjek tu dalam bm, tapi korang akan belajar dalam English. Jangan risau, bahasa boleh rojak dalam kelas. hehehe

Q3: Kos ni menggunakan perbelanjaan yang banyak tak?

Okay, korang mesti dah dapat surat tawaran kan? Yuran Pengajian tu diakui agak mahal kalau dibandingkan dengan ipta yang lain. Tapi,jangan risau, kalau reti berjimat, in shaa Allah cukup PTPTN tu. 

Korang cuma perlukan laptop yang processor nya i,3  atau 1.5 pun dah sangat2 okay. Senang kata, laptop yang biasa2 pun okay. Seterusnya, korang cuma perlukan beberapa software macam Adobe Dreamwaever, Photoshop, Notepad ++, maybe Sublime, Netbeans. Jangan risau, software2 tu lecturer akan bagi ataupun korang boleh mintak dengan senior2 atau pun member2 korang yang kaki PC. Simple kan? Kita tak perlu nak lab coat, atau kasut untuk masuk makmal dan sebagainya. Kita cuma perlukan Laptop :D 

Peingatan: Selalu lah buat backup untuk setiap projek yang korang buat. Kalau tetiber laptop hang ker and beberapa masalah lain, x ker menangis bila kita dah siap coding2 semua, laptop buat masalah.

Q4: Peluang Pekerjaan?

In shaa Allah, peluang pekerjaan luas. Korang boleh jadi website developer, software developer, system engineer - front end atau back end, system design, system tester/ Quality Assurance.

Lastly, kalau ada2 apa persoalan , boleh komen kat post entry ni atau free to contact me via twitter atau instagram - farhadepurple.  Harap bakal2 junior dapat merasai kehidupan campus life yang awesome!

Friday, July 28, 2017

Last Journey as Intern :D


Assalammualaikum  :D

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menghabiskan latihan industri dan secara officialnya dah berjaya tamatkan sem terakhir. Ooo-ooo- yeah! *Let’s Party Time*


Astagha! Ni semua duniawi. *kembali ke pangkal jalan*
Macam tak percaya dah habiskan 4 tahun kat upsi. *Ah, kau farah oi* Dulu bukan main kata lambat la nak habis, tak de masa depan lah, tak nampak hikmah dapat masuk kos nil ah bla bla ... jahiliyah sungguh. Ish3..

So, post ni untuk share pengalaman bergelar ‘intern’ selama 6 bulan. Basically, I’m intern as designer and half developer. Bergelar designer ni banyak la mengajar tangan ni yang lebih keras daripada kayu ni gunakan Adobe Illustrastor. Masa mula2 jadi designer, bukanlah tahu pun guna AI ni. Masa fyp dulu pun guna AI untuk buat poster fyp, tapi haram jadah design yang dibuatnya. Company ni tanya member siapa yang reti melukis, aku acah2 berani kata reti melukis. Company suruh lukis guna AI, ternganga2.

Skill yang first diajar masa tu tracing. Tangan dah la terketar2 macam Pakinson, disuruhnya tracing. Garisan semua nampak macam cacing kepanasan. Hodoh! 

perasaan sebak bila dapat buat first artwork dulu2...heh!

Dengan tangan yang terketar2, dapat la task jadi kartunis. Duh, aku bukan seorang yang kelakar, tapi aku seorang pemikir. Heh! *Pemikir kepala hotak hang* Setiap elemen yang digunakan macam meja, baju baru, air,makanan, kaunter dan etc semua ni kena tracing jadikan kartun untuk setiap scene yang nak dibuat. Biasanya, mula2, akan bukan berita2 atau trending kat twitter atau daripada pengalaman sendiri untuk hasilkan scene2. At first susah nak pikir idea dan caption. Dah hampir 5 bulan lebih jadi kartunis, boleh la dah gerak sendiri nak buat scene. Tak lah macam mula2 buat dulu, semua nak tanya team. Then, sikit try buat design untuk facebook campaign, facebook cover photo, logo dan website. 

Ada jugak member2 yang support pasal kartunis tu terutamanya sekali yanie dengan fifa. Dierowang ni suka sangat komen dengan social media kartun tu. Ada sekali tu supervisor, encik Wan pergi baca komen yanie kat satu department, berdekah satu department tu. Rasa macam nak cepuk jer dierowang ni jadi penyek . -_- 

So far, team mate semua nya okay jer. Boleh gurau2 and semua kepala jenis masuk air. Sorang x makan taugeh, sorang tak makan sayur, sorang suka kumpul duit syiling emas, sorang suka menangis. Macam2. HAHAHA!Selalunya aku lah yang jadi ketua menyedarkan dierowang untuk kembali ke pangkal jalan. 

Selalunya, kalau aku nampak dierowang cucuk telinga dierowang dengan earphone, aku akan tanya soalan ni “ korang tengah dengar surah al-khafi ke tu?”. Terus automatik dierowang jadi alim. The best part sepanjang intern ni, aku selalu share dengan nad *orang yang selalu duk meja sebelah dimana selalu pinjam bawah meja untuk beritirehat sepanjang waktu tanpa bayar kadar sewa* untuk beli makanan dan letak dalam drawer. Drawer kiterowang ada 3 tingkat, semuanya penuh dengan makanan. 

Macam mana korang bole tahu ha bila kiterowang bukak makanan baru?
Setiap kali kiterowang bukak jajan baru, aku pelik sebab semua team mate boleh dengar. Aku syak yan dierowang ni ada deria ke-6 untuk mengesan sumber makanan. In shaa Allah,kalau dilepaskan dierowang ke hutan, dierowang ni mampu survive dengan menggunakan deria ini untuk mencari makanan. HAHAHA!  

Lastly, terima kasih kerana telah banyak memberikan sokongan yang padu lagi jitu terutamanya yang kadang2 tu bukak laku ost goblin. *terasa seperti berada di korea* haha...Semoga terus maju yer! :D

To Nad, Jaga diri.. sekarang farah #teamyanafyqa ..kekeke.. Yana dan fyqa telah meninggalkan kita dulu.. Sadis.. To yana and fyqa, thanx sebab selalu layan kdrama sama2 dan ketawa terbahak2 sama. Semoga korang insaf sekarang. Heh! To salwa dan kak lin, semoga terus maju dan jumpa kat konvo nanti.. Semoga kak lin semakin gojes macam bidadari syurga. Dan untuk salwa, semoga berjaya di dunia dan akhirat.


Terima kasih UPSI.. #roadtoconvonow

Throwback Intern:

2 ketul manusia yang sama2 intern. 




Bye semua! Iklan colgate dah start!
Bye Nad, Jaga diri, kerja elok2..
punca kepada lagho.. hahaha.. #teamyanafyqa

Saturday, March 18, 2017

Road To Graduation

Assalammualaikum

Tajuk tu propa jer lebih, padahal ada lagi 19 minggu lagi nak survive untuk habiskan latihan praktikal. Perhatikan jer buku log yang kecik dan tebal ni kat sebelah. Bagi la sikit jelingan tajam dekat buku log ni, biar dia sedar diri sikit, bagi suruh dia bergerak sendiri ke tepi. Heh!

Masih tak percaya, bekas pelajar yang pernah mengambil bidang asasi undang2 dah nak menamatkan pelajaran sebagai pelajar kejuruteraan perisian.Padahal dulu, time sekolah dulu, setiap kali buat ujian kerjaya, resultnya mesti dapat kerjaya peguam. Aku yakin dulu aku jawab ujian kerjaya dengan penuh keikhlasan, mungkin belum sampai tahap keikhlasan sesuci kertas putih mungkin. Mak aku dulu pun cakap, mungkin kertas terlupa la kot nak tulis yang kerjaya yang sesuai dengan aku bukanlah lawyer tapi loyar buruk. I believe Allah has a good plan for me in the future, in shaa Allah. So, kepada adik2 yang baru ambil result spm, jangan risau kalau nak ambil apa2 bidang. Kalau lepas asasi, matrik, diploma, sijil, stpm , bidang yang diambil tak seperti yang diharapkan, jangan risau, semua kos masuk syurga :D * bak kata lecturer masa asasi dulu*

Selama 5 minggu menghadapi dunia intern ni, aku duk beria2 masukkan "ting ting' duit syiling dekat mesin penimbang kat mall. Laju giler nombor naik macam pelesit, dan hasilnya amboi berat pun meningkat dengan penuh biadap sekali. Tak mintak izin pun nak naik, tup tup naik.

Duk beli buku Mat Lutfi yang terbaru, Kisah 25 Filsuf Barat, cita2 nya nak baca lah hujung minggu, haram jadah tak baca. Baca 2 bab pertama, lepas tu duk melingkor atas katil. Bab yang sempat dibaca adalah pasal Sokrates dan Plato. Rasa excited baca nama2 filsuf barat sebab ada dalam buku teks sejarah dulu. Teringat zaman tudung senget benget 180 darjah kat sekolah dulu. Tunggu jer nak beli buku teme yang kedua. Rasa macam nak balik rumah, bawa balik buku teme yang pertama, Pelukis Jalanan masa praktikal ni. Kisah teme masa dia belajar kat london boleh la jadi inspirasi masa nak survive 19 minggu lagi ni.

P/s: Akhirnya, aku berjaya juga update blog ni. hahaha


Monday, October 24, 2016

Subjek2 untuk Ac10

Assalammualaikum

Hai:D Disebabkan ada beberapa yang komen tanya pasal subjek yang akan dipelajari dalam kos ac10 ni, so post entry kali ni khas untuk mereka yang curious pasal benda ni. Kita akan ada subjek wajib, subjek universiti dan subjek elektif. Lagi satu, ada beberapa subjek wajib ac10 yang korang perlu pastikan dapat gred at least C supaya korang tak kena repeat subjek tersebut. 

Tak pasti sistem subjek english proficiency[ ep] yang baru macam mana. Waktu saya dulu, saya ambil subjek english dipanggil english language[el]. EL ada 4 part + General English. Sama dengan ep. Sesiapa yang muet band 2 dan 1 wajib ambil EL dari part 1 sampai GE. Saya dulu repeat muet lambat , masa lepas ambil EL 3.Alhamdulillah. Al maklumlah dulu time asasi belajar english main2 dulu.  So, sebab tu la dalam review pic subjek yang pernah saya ambil tiada GE. GE wajib ambil bagi sesiapa yang muet band 2 dan 1 sebagai syarat untuk bergraduasi.  Tapi tak silap bermula dari sem hadapan, General English akan dikenakan bayaran dalam RM 100.  Pihak UPSI menggalakkan pelajarnya repeat muet semula. Di UPSI jugak baru ditubuhkan pusat peperiksaan muet, tak silap bayarannya adalah RM 120.

Koko wajib ambil , 3 subjek yer. Saya ambil pengurusan ko, tulisan jawi dan tajwid.  Wajib ambil pengurusan ko / x silap olahraga. Kemudian, yang lagi 2 boleh bebas sebabnya ac10 adalah open market. Next, penggayaan diri tak wajib bagi kos ac10 tapisaya dulu ambil sebab nak belajar bahasa asing - bahasa Jepun dan bahasa German.

Good luck, everyone:D Doakan saya untuk berjaya develop apps saya untuk fyp semester ni :D

Ni subjek2 yang saya dah pernah ambil sepanjang 7 semester di sini:



Friday, December 18, 2015

Motivation #FightLikeJalil

Assalammualaikum

5 Disember 2015, berita kemangkatan Tunku Abdul Jalil telah mnyebabkan hampir kebanyakan rakyat Malaysia berasa hiba. Semangat Allahyarham semasa menghadapi sakit sememangnya menyunting semangat baru kepada semua orang. Segala kisahnya membuatkan kita berasa sungguh terharu dan menitiskan mata.  Satu daripda nasihatnya yang paling saya suka ialah

 Kata -kata ini akan menjadi pemangkin saya untuk menghadapi segala masalah dalam hidup.

Al-Fatihah

Saturday, September 19, 2015

Azam sebagai student ac10,ada azam ker?

Assalammualaikum...

Dua minggu kelas start!  kuliah baru bermula tapi assignment yang ada rasa macam dah 14 minggu kuliah.  Macam biasa, hari pertama tiba di upsi, siap ada board bagai dalam bilik dengan pelbagai azam. Macam2 azam aku tulis dekat board tu, tapi.....

Tengok caption jer, jangan nak bergetar tular rusuk kiri bagai! tue kanser tulang namanya! jaga diri !



Antara step2 untuk menaikkan semangat belajar :

quote dia !

See?Buku ESC,Budak Tomato:)  Punya la semangat nak dapatkan buku ni, beli online dengan pihak iman publication:

Lepas dapat jer dari pejabat pos laju Tanjong Malim, terus baca dengan penuh khusyuk. Baca bersungguh2 macam baca buku fundamental software testing dengan courseware engineering. Dapat signature budak mato lagi!  

Aku sekarang dalam dilema :

  • Nak pergi library ke tak untuk cari buku? Kononnya nak dapat extra info, tapi rasanya memang tak bersentuh la buku tue atas rak
  • Nak jogging ke x? Cuti sem yang lepas , Ya Allah, makan macam tak ingat dunia. Sedapkan hati, bila start kuliah nak kurus. Membongak jer last sekali
Banyak lagi sebenarnya situasi yang membuatkan student dalam dilema. Antaranya, nak makan malam ke x? Diet duit,kah! Tak tahu apa masalahnya, rasa dah diet dah tapi tak kurus2 gak! Asyik lapar jer perut ni. Perut degil,tak dengar kata! Perlu tarbiah perut ni. Agak2 kalau masuk daie,kalau bagi talk pasal tarbiah perut yang degil,nak dengar x? tak nak dengar tak per,perut aku dengar.



Program pagi tadi.Let's Get Together,ada makanan free! Salah satu cara survivr di u.heh!




Wednesday, May 20, 2015

Just have fun in UPSI.

Assalamualaikum :)

Pernah mengalami rasa terlalu penat dengan semua sehingga kau tak kenal diri kau sendiri? You feel like you're acting like a different person. But, it's not a big problem. The main problem is you never know why you act like that. Whether that problem comes directly from yourself or comes by your surrounding.

or you're a 

Loser, loner

A coward who pretends to be tough

A mean delinquent
In the mirror, you’re
JUST A LOSER
A loner, a jackass covered in scars
It's make you feel hatred at yourself.  Never understand what's going on. You're afraid to look at the future because of you have lost your confidence.  Well, you'll keep lost your true self. The main reason why you always feel lost for everyday is you keep a lot on yourself.  

Please keep strong! Be confidence at yourself even you'll think that you are a weird person.  kih!

Every child is an artist -Pablo Picasso



Everything is ruined when you just feel pressure because of your surrounding or because of yourself.  *sampai semua gadget nak rosak. :(*  Assignment keep coming until you never know you can manage them until the  end.  Never mind, it's student life :D  Lately, the feeling want to scold everyone just make me feel weird. *atau memang selalu macam nie?haha*  So, yesterday, I decided to take a fresh air and do some photoshoot.  Actually, not really a photoshoot and more to create a piece of memory in here and take a long breadth to survive in this place.  Am I the only one that feel like that?  You can see everyone can live very well in this place and do everything that make he/she feel happy.  Maybe sebab final exam nak dekat kot.. erk!.  


Well, it's a real life.  You must keep strong or pretend to be strong to live very well.  The wind is rising, we must try to live. 

So, here a piece of my memory in here! Just because want to get a fresh air in here, so we walked around in here yesterday. 

Istimewanya rumput!

Why so serious?

Pokok yang tinggi!


Keindahan UPSI. heh!


Sorang buat iklan gigi!




Actually, banyak lagi gambar tapi agak kelakar untuk diupload, maka ini jer gambar muka2 mencari udara yang segar dan menikmati keindahan alam.


btw, we just finished our video for audio and video :D If you have a lot of free time, you just can watch our video by click this link :

https://www.youtube.com/watch?v=eX6Fbw-_skA



Sunday, June 1, 2014

The end of second semester! have fun ! fifa,kak pu3,laila,miemeiey, karipap<----- antara mangsa .:P

Assalammualaikum

Alright, kelas dah habis!  heee~ terasa sungguh gembira tak terkata. Tak percaya dah semester 2. and paling tak percaya mesti my father , " exam final sem 1 ea??"  <--------- anak dia nie dah semester dua dah ...mungkin sebab rasa sekejap kowt. erghhhh!  but, aku pun tak percaya hampir berjaya menghabiskan dua sem di sini.menghirup udara yang segar, bergelak2 dengan kawan.  Tetiber, teringat masa sem 1 dulu, hampir2 jer nak berhenti. Tapi , my parents cakap, "syukur dapat course nie.mana tahu ada hikmah", Then , ada sorang cakap kat aku macam nie " budak asasi kan, takkan boleh survive. saya boleh survive sampai sekarang". <------ deep. *tersedak2 aku baca ayat dia nie*sentap kowt, hahaha,tapi betol,its a fact. kalau orang lain boleh buat, takkan aku tak boleh kan? just believe yourself. Hanya diri kita yang mampu mengubahnya.

Aku dulu, selalu jer cakap " ah, kenapa la aku kat sini?" and now. rasa happy jer. Masa sem 1,selalu jer ada mangsa telinga dengar bebelan aku yang tak bertauliah ni. Telinga dierowang nie dah bernanah kowt  :P  masuk sem 2, baru rasa semangat terlebih , tapi ada lah jugak mengeluh sikit2 bila subjek yang ada kaitan  coding2 tak boleh buat. Sem dua nie bez sikit, ada housemate satu course. Asal boring, nak bagi sesi "kuliah ", kacau dua orang housemate nie. Buat hidup dierowang nie huru hara sikit :P laila memang dah dekat jer dari sem 1 lagi. Miemiey masih jauh2 jauh, kadang2 dia datang melawat gak.

Final exam dah sangat2 dekat. Tapi, masih ada masa nak layan korea lah, layan movie dengan member2 lah. Rasa macam exam tue suram2. *eh2,kang keluar result,menangis tak berlagu * Sem nie berjaya belajar bahasa ketiga, bahasa jepun. berbelit2 aku nak baca huruf dia time test oral. First time kowt, terasa macam buta huruf tetiber.  have fun this semester! yeay!

#fifa #kakpu3 #miemiey #laila<------------  antara mangsa2 yang berjaya dikesan. Aku memang suka mengacau orang2 tak bersalah. Dan sorang lagi, budak karipap. HAHAHAHA! *budak ker??* hmm, boleh la. pekong lippar kae .  kadang2 sian jugak, tapi memang aku bab kacau orang,memang no 1. krik3...  terima kasih untk semua :) heeeeee~  btw, yang menarik, baru perasaan ,aku sorang jer budak selatan di antara kami berlima. lagi 4 orang kat atas tue,semua pantai timur kowt. Dah belajar sikit2 dah, bila cakap, serius ,macam suara kartun pun ada ..Lets have fun this final exam!



Saturday, March 15, 2014

fighting for my second semester! calculus, english

assalammualaikum

       What a hectic life ! so tired! rasa dah berminggu2 masuk kelas, tapi, problem with my mind, slow progression.At first, belajar calculus, terasa masya Allah, pening nya. Yer la, dah lama tinggalkan math. Dulu,time asasi law, yang ada math2 sikit2 nie,cuma ekonomi jer,but, just belajar teori jer banyak. Everything about math and additional math,gone!, far away from me from the previous school. Masuk kelas, duduk depan sekali,dengan penuh "keyakinan", konon2nyer la, at the end of the class, my mind keep asking "apa yang belajar ea tadi??". gosh, sungguh teruk sekali.

        But,Alhamdulillah,begin with chapter 2, dah mulai memahami calculus nie.sikit jer la tapi, sebab terasa macam belajar add math balik,differentiate tapi,calculus nie more deeper. heeee~ finally, jumpa dah favourite thing pasal course nie.Welcome to this course with a fresh spirit! tapi, as well, time quiz chapter 1 calculus, main hentam jer lah, memang teruk pown tak paham chapter 1.

         Then, this week, berjaya masuk kelas bi1, yes,I regret for the rest of my life because I didn't try harder to perform well when I'm in foundation of law. Almost did it,but tak der rezeki. Never mind. I start to love this course ;) and suddenly,lecturer cakap "stok buku dah habis. carilah buku bi1 walau apa cara sekalipun. tapi,tahu kan plagiarism??".. Seluruh kampus lama, ada banner "stop the plagiarism". Maka,terpaksalah buat muka tak malu,pinjam buku orang. kalau la boleh buat plagiarism, dah lama photocopy buku tue.--------->ciri2 pelajar bukan cemerlang!


buat2 muka tak malu,pinjam buku orang, tapi tak tahulah masih beginikah rupa buku ini time pulangkan nanti.. hahahhaha  *kau nak kena belasah,farah oi????" arigato gozaimasu /kamsahamida/thanx sebab pinjamkan.. :)kener susahkn orang lain,hmmmmm



    For this semester, fighting for dean list,in shaa Allah. And for my sister, gud luck for your spm's result :) pray for the best for you,make our parents feel proud of you :)

 And baru2 nie, negara kita tengah sibuk pasal MH370. :((. gosh,tak dapat gambarkan perasaan ahli keluarga mereka. Tak tergambar kerisauan mereka, sayu jer lihat gambar2 yang disharedkan dalam fb. Gambar ibu yang tak putus2 telefon anaknya yang berada dalam MH370. Sangat berharap MH370 bersama2 seluruh penumpang2 nya selamat kembali :) doakan yang terbaik. Dan isu hangat,raja bomoh tue, hmmmm,,, what so shameful! Solat hajat beramai2 mendoakan keselamatan penumpang2 lagi bagus :)

Wednesday, February 26, 2014

second semester !

Assalammualaikum

 Another semester in this place *yahoooo!*. Can't believe it,but this the reality. This a chance for me to be better than a previous semester. Another 7 semester in here, spreads a love in here. Another happiness for me to love this course for a long time,I guest *wink* A new housemate,house ,and the most important, I have 3 people in my house from PANTAI TIMUR! better learn their loghat before I'm dying to translate them. So far,they're so funny,best,adorable,charming and so on. What the hectic week to add and drop the subject together, and we will scream like crazy*just me* when the subject clashed with our timetable. Rasa macam nak buat sistem akademik sendiri!

 Hampir setiap hari, makan makanan orang masakkan *bukan kafe yang terletak jauh nun di sana*. Semester nie memang nak suruh berat aku turun. Bayangkan,nak tunggu bas untuk pergi ke kuliah, peluh memang membasahi setiap langkah. Nasib baik la upsi nie tak banjir dengan peluhan keringat aku nak tuntut ilmu ni*sigh* Kebanyakan daripada kiterowang nie berpecah kelas,termasuk la Laila and miemiey. Mulalah merasa macam hilang arah tujuan bila kena pergi kelas sorang2.*macamlah orang lain nak makan aku*

 So far,personal life more harder and tough  than campus life.For this semester, koku aku memang memerlukan kesenian.Tangan dah la keras macam ais batu, memang berkarya sungguh jadinya nanti. For the first week,memang rasa setenang2 nya bila cuma boleh add 2 subject jer,the rest,HOLIDAY! Then,next week, dah mulah dah mai lab memenuhi setiap ruang yang ada dalam timetable. Semakin kelihatan "cantik" dengan tulisan "SMN..." "H....." "MTS....".. Calculus,make me dying! otak dah berkarat sangat, tak mampu nak mencerna ilmu dengan cergas,slow progression!

 Kononnyer,sebelum datang sini,nak belajar bersungguh2 la katakan. Saat kakiku menjejakkan kaki di sini, terus semangat tue ditelan. Pernah tengok citer fairy2tale,dierowang masukkan kuasa kejahatan ke bumi? macam gitulah,tapi,nie bukan kuasa kejahatan,nie semangat. Esok,tak der kelas, so continue for next day! <3 blogger #blog under construction


Saturday, September 7, 2013

berakhirnya orientasi,prepare untuk kelas yang pertama :)

assalammualaikum

yeah!!!maka ,dengan ini,berakhirlah minggu orientasi di upsi secara rasminya... dan dengan rasminya,aku telah menjadi mahasiswi di sini sebagai pewaris anak kandung suluh budiman... excited2 jugak tapi jangan lalai sampai abaikan pelajaran... di sini,terasa sangat nyaman dan mendamaikan..suasana di sini sangat cantik dengan berlatarbelakang banjaran titiwangsa..

kolej ku,syurgaku :) ngeeeee~


selama sepanjang orientasi nie,rasa sangat seronok sebab dapat banyak info yang sangat2 berguna terutamanya ptptn.. berakhirnya majlis ikrar tadi,so,aku akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan ikrar akur janji tue dengan sebaik yang mungkin.In shaa Allah,aku akan berusaha dengan bersungguh2 untuk menjadi pelajar yang rajin.:) aku sangat suka dengan suasana kampus kat sini..

semestinya ,aku rasa sangat2 excited untuk pergi ke fakulti.. memang lah sudah ada pengalaman masa di asasi tapi kali nie,tempat yang berbeza,jadi aku assume mestilah persekitaran dan perasaan yang berbeza..hopefully,dapat buat yang terbaik di sini,sebab inilah masa depan aku..tidak samar2 lagi untuk meneruskan impian.. Pastinya,kita yang perlu mind set kan yang kita mampu lakukan yang terbaik walaupun ada pelbagai ujian ..selamat berjuang!!!! walaupun dalam minggu orientasi,tapi rasa enjoy jer..relax2 jer dengan keadaan di sini..

sempat lagi tue :P
so,next week,kelas pertama akan bermula.... Dengan semangat yang masih berkobar2 nie,in shaa Allah bersemangat sehingga 4 tahun akan datang,mari kita lakarkan kejayaan di sini dengan dihaisi memori2 indah :) ambil iktibar dari perkara2 yang lepas dan teruskan kehidupan dengan lebih semangat dan berusaha bersungguh :) everything will be okay,I can survive :) FSKIK,I'm, coming ..next week,kita jumpa ea..

Wednesday, September 4, 2013

tibanya di bumi upsi :)

assalammualaikum

sekarang,aku tidak lagi berada di rumah... uwaaaa~ sekarang,berada di tanjung malim,for the first time..homesick.. erkkkk!!!! jangan nak homesick2 sangat la farah oi... masih berada di minggu orientasi,tapi sangat seronok.. sebab apa??? sebab aktiviti kat sini tak der la mementakan sangat setakat nie lah,,just enjoy myself ..sesi berkenalan,bergelak2,jumpa member lama sikit2.. then,part paling menyedihkan bila raudhah hantar mesej gambar dierowang kat ukm.. so sad :( ... terserlah ciri2 lawyer2 kat muka dierowang.. so happy because of them.. saat tengok gambar tue,tiba2 rasa rindu sangat2 kat dierowang especially for nani,raudhah n abir!!!!! mahi sekarang di usim,sambung law jugak..wah,style la dierowang nie..

hari fisrt day daftar kat sini,pagi2 buta dah dapat mesej dari member2,raudhah dan lain2 wish "selamat menjadi warga perak"..amboi,hahaha.... tg,malim nie x der la jauh sangat dari kl..boleh jer kita roger2 hujung minggu ea raudhah.... btw,aku jumpa member asasi ,izzatie.. seronok bila jumpa member yg kenal and satu course... x der la t x der geng.. everything will be okay :) semuanya ramah2 belaka kat sini.. cool habis la .. duduk kat mana2 jer,akan ada orang yang akan tanya asal dari mana,nama,course ... daebak!!!!! 

kat sini,budak2 lepasan asasi/matrik la paling muda.. tapi,beza dgn budak stpm cuma setahun jer..semua macam tak kesah..semuanyer layan macam member2 jer... mula2,kekok jugak tapi,bila dierowang macam cool,so,layan macam member2... part paling tak membosankan bila tunggu bas.. hahaha..agak2 tunggu bas nak pergi dewan tue lama,mulalah call parents ,akak2,mesej kawan sana sini..tanya khabar,so x der i
stilah boring kat sini.. happy jer :)




Tuesday, August 6, 2013

surat cinta raya dari cik raudhah !!!!!!!! omg...terharunyer

assalammualaikum


surat cinta raya@kad raya dari cik raudhah yg comel <3 saranghae 

 owh,my blog..sudah lama aku tinggalkan dunia nie.. well,biaser lah busy dengan persiapan raya yang tak lama lagi.. fuh,penat tapi menyeronokkan ... tengah hari tadi,tetiber adik aku menjerit2 nama aku.. aku pown berlari2 tanya kenapa..rupernyer,aku terima surat cinta raya dari cik raudhah,my classmate time asasi dulu.. sob3,terimbau kenangan2 masa asasi..seriously,sangat rindu2 ..seperti baru semalam jer aku belajar asasi..

  aku bukak kad raya tue dengan penuh excited giler sebab nak baca apa yang cik raudhah nie tulis untuk aku.. benda first yang aku terbaca "janganlah lupak aku T.T" .. sob3.terharunyer... yes,I promise.. I will remember u always :) aku akan sentiasa mendoakn yang terbaik untuk kau,raudhah..semoga kau dapat jadi lawyer yang terbaek .. t bagi lah diskaun dekat aku yer dan ingat aku selalu walaupun kita dah lain2 course sekarang.. aku dah tak dapat belajar sama2,jawab soalan past year sama2,buat presentation sama2.. semuanyer tak dapat buat bersama2 lagi... I know,u can do it ...

  and also, thanx sangat2 sebab jadi orang pertama yang wish befday kat aku even befday  aku  belum tiba lagi..ada lagi 18 hari termasuk hari nie,befday aku .aku akan ingat sampai bila2,kau lah orang yang wish befday aku guna kad raya .. :P. wah,terharunyer sebab kau ingat befday aku.. wah~sangat rindukan kau lah,raudhah ... terima kasih sebab doakan semua impian aku tercapai,in shaa Allah.. pasal kawen tue,amin~ hehe.. harap2 termakbul kan,raudhah... lepas nie,segala gosip2 tak dapat den share lagi dengan legend lawyer nie,tapi,in shaa Allah,kalau aku kahwin,aku jemput t.psssttttttt,,kalau kau kahwin nanti,jemput aku dengan seat vvip,okey.. aku nak main renjis2 air aper tue depan muka kau t.... hahahahaha....

 aku jugak nak mintak maaf banyak2 kat kau ..selama pershabatan kita time asasi dulu,banyak sangat perkara yang kita lakukan,kalau aku ada buat silap,terguris hati,buat kau tersentap ker,aku mintak maaf sangat2.. kali nie,aku tak dapat beraya dengan seung gi oppa la,raudhah.. kiterowang,masing2 busy sikit.seung gi oppa sibuk cari duit ,aku sibuk nak beraya di malaysia.. owh,sungguh rindunyer malaysia.. .,tak per,jarak bukanlah masalahnya.. hahahahahaha :P *kalau seung gi oppa tahulah aku minat sangat2 dekat dia* so,how about ur top big bang?? raya dengan top ker???

   dan paling penting,thanx sangat2 la cakap aku comel.. sememangnya,aku comel..huhuhu *bajet* tak sangka kau akan cakap aku comel.. first time gitu... rupernyer,selama nie,kau malu kan nak mengaku aku comel kan??? kan3??? akhirnyer... feeling extra rindu2-an dengan kau biler kau cakap,aku comel!!!!! aku separuh menjerit2 excited bila baca ayat kau yang cakap,aku comel.. thanx sangat!!!


sejujurnya,aku sangat rindukan kawan2 aku time asasi dulu.. entah bila lah aku dapat jumpa korang semua nie..walau kita jauh,tapi,aku akan sentiasa mendoakan kejayaan korang semua..jadi lah lawyer yang baik2..in shaa Allah,kita kan bertemu suatu hari nanti kalau mempunyai jodoh dan takdir ..di kesempatan ini,aku memohon seribu kemaafan dekat semua kawan :)

Thursday, July 18, 2013

Universiti Pertemuan Suami Isteri (UPSI) ????? tetiber,aku teringat .....

assalammualaikum

   alright,pagi nie,aku terbukak satu page event yang berkaitan dengan universiti yang bakal aku daftar bulan SEPTEMBER nie..owh.,september,lama lagi kan?? bagi aku,masa itu sangat sekejap sebab ... aaarrrghhhh!!! jauh aku tercampak nun di perak sana..dari selatan ke utara pulak yer,farah oi... never mind,itu boleh difikirkan kemudian..yang penting,dalam kepala aku nie dah merangka banyak plan untuk tetap balik ke johor tercinta selalu.. apa aku kesah.. balik tetap balik!!! begitu semangat yer..heee~ so,kita kembali kat cerita yang aku nk share tadi.. page event tue tulis "UNIVERSITI PERTEMUAN SUAMI ISTERI (UPSI)..komited membawa perubahan dalam perkahwinan".. first time aku baca,aku tergelak2.. really?? ..pertemuan??? 2 in 1, pergi universiti untuk study and pertemuan jodoh... hahahaha

   and tetiber,aku teringat.. yup,aku akan berada di utara sana.. suddenly,i remember someone,miss someone,want to cry for someone... yes,suddenly ... aku tak tahu kenapa aku rasa macam nie..sedangkan,aku dah tekad untuk melupakan dan memberikan peluang kepada diri sendiri untuk merasai kegembiraan.. the past can't be a shadow of my future.. enough!!! kenapa aku hanya dapat melihat dia seorang jer?? my mistake.. i try harder to forget you.. but, how much i miss u??? aku jumpa banyak jenis manusia kat muka bumi nie,tapi,kenapa aku masih hanya mampu melihat dia jer???

  *tarik nafas* lupakan ..lupakan..lupakan!!!! aku tak tahu kenapa aku lemah sangat.. aku mampu hidup dengan kehidupan sendiri ,tapi aku tak tahu macam mana kalau aku jumpa dia one day?? sedarlah,farah.. banyak lagi manusia yang menetap dekat muka bumi nie yang lagi baik daripada dia!!!!! open ur eyes,please.... one day,akan ada orang yang akan menghargai kewujudan aku,right??? then ,bak kata nani.just wait  seeee..nani pown tergelak2 tau bila baca tentang "UNIVERSITI PERTEMUAN SUAMI ISTERI (UPSI).. aku first time baca, aku tertanya2 ,betol ker?? macam tak percaya jer.. hahaha..jom la survey orang2 yang berjaya dengan trendmark nie... hahahaha

   aku yang perlu memilh untuk kehidupan aku sendiri.sama ada untuk beri peluang kepada diri sendiri untuk gembira atau terus dengan perasaan sedih ... so,semuanyer bergantung dengan diri sendiri... hanya kita yang tahu kemampuan diri sendiri.... it;s a part of my life,so let's enjoy..

 sebelum aku tamatkan word2 untuk entry kali nie. aku nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramdhan :) semoga kehidupan kita semakin baik :) untuk bakal coursemate di upsi, jumpa di sana..woa,excited nak jumpa korang semua ... let's create the best moment in upsi ,in shaa Allah...